Kuching, 15 April 2014 : Hasil keputusan bedah siasat berikutan kes seorang kanak – kanak berusia enam tahun dari Simunjan pada Jumaat lalu yang dikatakan meninggal dunia kerana disyaki didera secara seksual oleh ibu saudaranya sendiri telah diketahui malam tadi.
Menurut laporan pakar patologi, kanak – kanak tersebut meninggal bukan kerana didera tetapi kerana jangkitan kuman pada organ dalaman.
Tiada kesan koyakan di bahagian kemaluan boleh mengaitkan kematiannya dengan penderaan seksual atau fizikal lain.
Bekas gigitan pada tangan kirinya yang dikenal pasti bukan disebabkan individu dewasa tetapi didapati dilakukan oleh kanak-kanak lain.
Laporan itu turut mengesahkan kesan darah yang ditemui pada kemaluan kanak-kanak itu adalah disebabkan mangsa mengalami kencing berdarah.
Pakar juga menyatakan punca utama kematian adalah disebabkan penyebaran coagulopathy intravaskular kerana sepsis.
Pada malam Khamis lalu, ibu saudaranya membawa kanak-kanak itu ke Hospital Simunjan selepas mendapati dia tidak sihat. Tidak lama kemudian, doktor telah mengesahkan kanak – kanak itu sudah meninggal.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan suspek yang juga bapa saudaranya telahpun dibebaskan.
Tiada bukti penderaan kematian kanak-kanak 6 tahun
Reviewed by Admin
on
April 15, 2014
Rating:
No comments: