Seo Services

Kerajaan baru Mesir angkat sumpah


KAHERAH - MESIR. Barisan Kabinet baharu Mesir, semalam mengangkat sumpah dalam sebuah majlis rasmi yang berlangsung di istana presiden di ibu negara.

Media tempatan melaporkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ibrahim Mehleb itu akan dibarisi 30 menteri termasuk empat wanita dan beberapa teknokrat.

Kelmarin, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi turut mengeluarkan dekri untuk menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pembaharuan Undang-Undang yang akan diketuai perdana menteri dan dianggotai hakim, peguam serta pakar undang-undang.

Mereka ditugaskan untuk mengkaji draf undang-undang dan dekri dikeluarkan presiden serta perdana menteri kerana ia perlu mematuhi kandungan Perlembagaan 2014.

Difahamkan menurut laporan Al-Ahram, jawatankuasa tersebut juga berfungsi untuk membasmi penipuan, percanggahan atau kekeliruan undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri sekali lagi melancarkan kempen melarang sebarang pelekat pada cermin kereta yang berunsur keagamaan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Media, Abdel Fattah Osman memaklumkan pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan dalam masa terdekat untuk memastikan penduduk Mesir mematuhi arahan tersebut.

Beberapa pihak mendakwa larangan terbabit mungkin bertujuan untuk menghapuskan pengaruh Ikhwanul Muslimin selepas ia diharamkan di negara itu, September lalu.
Kerajaan baru Mesir angkat sumpah Kerajaan baru Mesir angkat sumpah Reviewed by Unknown on June 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.