Seo Services

Pelakon Nabil Abdul meninggal dunia

Masih ingatkah anda dengan seorang jejaka menerusi iklan Kit Kat bersama M.Nasir yang ditayangkan beberapa tahun lalu.

Dalam iklan tersebut, terdapat pelakon muda yang melakonkan watak pekerja di kaunter pembayaran. Nama beliau ialah Nabil Abdul yang digandingkan dengan komposer terkenal M.Nasir.


Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada selasa 17 Jun 2014 jam 10.30 pagi di Hospital Ampang. Arwah dipercayai menghidap penyakit kanser darah yang dipanggil 'limfoma' merupakan salah satu cancer darah dan kelenjar malfunction.

Memetik kenyataan rakan artis, Jihan Raja Lawak yang sama-sama menjayakan telefilem terbaru berjudul 'Jihan Nak Buat Rumah Terbuka', Allahyarham telah menghidap penyakit ini sejak berusia 21 tahun lagi namun sembuh selepas melakukan rawatan kemoterapi.


Namun, pada usia 29 tahun, penyakit itu kembali semula dan keadaannya bertambah serius sejak sebulan lepas sebelum dimasukkan ke Hospital Ampang, empat hari lalu.



Arwah juga merupakan adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam yang popular dalam siri Impian Ilyana.

Jenazah arwah Nabil Abdul selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas solat Isyak pada hari yang sama.

Pelakon Nabil Abdul meninggal dunia Pelakon Nabil Abdul meninggal dunia Reviewed by Unknown on June 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.