Seo Services

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 di Lundu Sabtu ini

LUNDU: Sekitar 5,000 belia dan masyarakat setempat dijangka membanjiri Stadium Mini Lundu pada 21 Jun ini bagi acara kemuncak Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014.

Menteri Muda Belia (Luar Bandar) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata pelbagai acara telah dilansungkan sempena sambutan ini sejakj 13 Jun lalu sebelum acara kemuncak pada Sabtu ini.

Antaranya, bola sepak Pantai, malam fiesta belia, pesta pantun, larian merentas desa belia, pertandingan pidato, pertandingan futsal, perkampungan SKYVO 2014 siri satu, pertandingan kreativiti kanak-kanak, pertandingan memasak cef muda, pertandingan tarik tali, konvoi berbasikal, autoshow, ekspo pendidikan, latihan, kerjaya dan keusahawanan serta pentas ria muda-mudi.

Pada acara kemuncak Sabtu ini, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dijadual merasmikan sambutan sekali gus menyampaikan Anugerah Tokoh Belia kepada individu tertentu.

“Tahun ini Anugerah Tokoh Belia melibatkan sembilan kategori iaitu kepimpinan, tokoh belia, sukan, kebudayaan, inovasi, kesukarelaan, wira, persatuan belia, serta OKU yang dibahagikan kepada dua kategori.

“Tujuan anugerah ini diberikan adalah sebagai galakan kepada para belia kita atas sumbangan mereka kepada pembangunan belia di negeri ini.

“Harapan kita adalah menerusi acara ini para belia akan merasakan diri mereka dihargai dan akan terus memberi sokongan kepada pembangunan,” katanya.

Rundi berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Daerah Lundu di sini kelmarin.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Belia Kementerian Pembangunan Sosial Bujang Bidin, wakil Pegawai Daerah Lundu Jamaluddin Hassan serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Haris Ishak.

Tambah Rundi lagi, antara objektif penganjuran sambutan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mengiktiraf para belia dengan memberi ruang serta peluang untuk mereka mengetengahkan bakat serta minat bersesuaian dengan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri.

Pada masa yang sama sambutan ini juga bertujuan mendekatkan para belia dengan kerajaan agar mereka lebih memahami agenda pembangunan yang telah direncanakan untuk mereka.

Menerusi acara seperti ini ia diharap dapat meraih sokongan para belia agar mereka dapat membantu usaha kerajaan khususnya dari segi penyertaan, promosi serta pengurusan aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi para belia di negeri ini. -Utusan Borneo
Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 di Lundu Sabtu ini Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 di Lundu Sabtu ini Reviewed by Admin on June 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.