Seo Services

Bumiputera Islam disaran supaya perlu berani bersaing


KUCHING - Kaum bumiputera terutama yang beragama Islam perlu berani bersaing untuk memajukan diri dan menghadapi cabaran menjelang negara maju pada 2020.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, persaingan tanpa sempadan sangat penting untuk menyediakan diri dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Gagasan Pendidikan Melayu (GPMM) Cawangan Sarawak berkata, hasrat negara ini untuk mencapai kemajuan menjelang 2020 amat bergantung kepada kemahiran penduduknya dalam menguasai bidang tertentu.

"Sehubungan itu, GPMM turut memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan citacita negara ini.

"Hal ini kerana para pendidik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang berkaitan boleh membantu membimbing orang ramai daripada segi pendidikan untuk membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran," katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri GPMM di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah merangkap Timbalan Pengerusi GPMM Cawangan Sarawak dan Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie.

Dalam majlis itu, upacara memotong pulut kuning turut diadakan sebagai simbolik penubuhan GPMM Cawangan Sarawak secara rasmi ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, kaum bumiputera perlu mengu asai semua bidang kemahiran yang ada agar dapat bersamasama bersaingan dalam dunia tanpa sempadan.

Beliau berkata, individu yang tidak dapat menguasai persaingan ini, tidak akan mampu untuk berjaya pada masa akan datang.

Tambahnya, ketika ini, kaum bumiputera Islam semakin banyak menghadapi cabaran dan persaingan dalam pendidikan.

Sementara itu, Hasbi memberitahu, tujuan GPMM ditubuhkan adalah bagi memastikan anakanak Melayu di negeri ini dapat dibantu dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa kini.

Bumiputera Islam disaran supaya perlu berani bersaing Bumiputera Islam disaran supaya perlu berani bersaing Reviewed by Unknown on August 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.