Seo Services

Fadillah Saran Penduduk Desa Pertimbang Ternak Empurau Secara Komersil


KAPIT: Penduduk luar bandar di sini disaran melibatkan diri dalam perusahaan menternak empurau secara komersial.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata ini kerana ikan air tawar itu sentiasa mendapat permintaan tinggi, walaupun harganya mahal. 

"Walaupun harganya sangat mahal, ada orang yang sanggup membelinya. Oleh kerana harganya begitu tinggi, ikan ini juga dikenali sebagai 'ikan maharaja'.

"Empat restoran di Kuala Lumpur menghidangkannya dan setiap sajian boleh mencecah harga RM2,000 atau lebih. Namun, ini tidak menjadi halangan bagi penggemar ikan ini yang datang dari Hong Kong dan China," katanya ketika merasmikan jalan Rh.Kuta/Rh.Ugap/Sk.Rantau Panjai sepanjang enam kilometer bernilai RM56.8 juta di sini, pada Isnin. 

Beliau berkata di peringkat tempatan, ikan itu yang semakin sukar diperoleh boleh mencapai harga RM800 sekilogram.

"Permintaan terhadap empurau dari Kapit adalah lebih tinggi daripada empurau dari Baram di Bahagian Miri kerana rasanya yang dikatakan lebih enak disebabkan sumber makanannya," katanya. 

Fadillah yakin usaha menternak empurau secara komersil boleh meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk rumah panjang.

Pemilik tanah di luar bandar, yang kawasan mereka kini dihubungkan ke bandar, perlu memberi pertimbangan terhadap potensi besar ternakan ikan itu dari segi ekonomi manakala pemimpin tempatan boleh membawa saintis dan teknologi untuk mengkaji daya maju perusahaan itu, katanya.

Beliau juga mengingatkan penduduk rumah panjang supaya tidak sewenang-wenangnya menjual tanah mereka kepada pembeli yang berminat.- BERNAMA
Fadillah Saran Penduduk Desa Pertimbang Ternak Empurau Secara Komersil Fadillah Saran Penduduk Desa Pertimbang Ternak Empurau Secara Komersil Reviewed by Unknown on August 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.