Seo Services

Hanya Tambi 'pulang Sabtu ini.

Foto

KUCHING: Ahli keluarga arwah Tambi Jiee, 48, dan Ariza Ghazalee, 46, yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sudah dimaklumkan mengenai kepulangan satu lagi jenazah ahli keluarga mereka, Sabtu ini.

Perkara itu dinyatakan Drahman Jiee, 60, selepas kakitangan MAS memaklumkan jenazah adiknya Tambi disahkan akan dibawa pulang manakala jenazah tiga anak saudaranya, Muhammad Afzar, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, masih dalam proses pengecaman.

“Kami sudah menerima maklumat ini (pengecaman Tambi), tapi masih menunggu pengesahan rasmi (kerajaan),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, keluarganya menerima pengesahan itu petang kelmarin melalui kakitangan MAS yang datang ke kediaman keluarga mereka.-HM


Hanya Tambi 'pulang Sabtu ini. Hanya Tambi 'pulang Sabtu ini. Reviewed by Unknown on August 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.