Seo Services

Akauntan Ditahan Miliki Dadah Bernilai Rm10,600 Di Miri


MIRI: Polis Miri menahan tiga sekeluarga termasuk seorang akauntan wanita yang bekerja di Singapura, kerana memiliki syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tudan, di sini pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, dalam serbuan pukul 10.30 pagi itu, polis menahan akauntan berusia 28 tahun itu serta bapa dan ibunya, masing-masing berumur 57 dan 52 tahun.

"Polis turut merampas syabu bernilai RM10,600 seberat 30.34gram yang dibungkus dalam paket plastik kecil," katanya di sini hari ini.

Stanley berkata, ketika serbuan dilakukan suspek wanita tersebut cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dan dibawa semula ke dalam rumah bersama ibu dan bapanya yang turut berada dalam rumah ketika itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah," katanya sambil menambah hasil ujian saringan awal menunjukkan ketiga-tiga suspek bebas daripada pengaruh dadah.- BERNAMA
Akauntan Ditahan Miliki Dadah Bernilai Rm10,600 Di Miri Akauntan Ditahan Miliki Dadah Bernilai Rm10,600 Di Miri Reviewed by Unknown on September 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.