Seo Services

Dicerai Kerana Menari Depan TV


RIYADH: Seorang lelaki menceraikan isterinya serta-merta selepas melihatnya menari di depan televisyen di rumah mereka.

Lelaki itu dikatakan memberitahu isterinya, tindakan dia menari itu satu kecurangan yang tidak boleh dimaafkan.

Suaminya sebelum ini memberi amaran supaya tidak menonton saluran hiburan, termasuk muzik di televisyen.

Wanita berkenaan memberitahu akhbar ‘Sada’, dia diingatkan berulang kali supaya menonton rancangan agama dan sosial yang suka ditonton suaminya.

“Sebaik suaminya keluar rumah, dia membuka saluran kegemarannya dan mula menari. Ketika asyik menari, suaminya pulang. Dia tidak mendengar suaminya masuk ke rumah kerana muzik itu sungguh kuat.

“Wanita itu berkata, apabila suaminya melihat dia menari, lelaki itu serta-merta menceraikannya walaupun dia merayu meminta maaf.

“Si suami memberitahu isterinya, apa yang dilakukannya ialah kecurangan yang tidak boleh dimaafkan kerana dia tidak taat kepada arahannya,” lapor akhbar itu tanpa menyebut tempat kejadian.

- Agensi
Dicerai Kerana Menari Depan TV Dicerai Kerana Menari Depan TV Reviewed by Unknown on September 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.