Seo Services

Kerja Sebelum Jam 9 Pagi Satu Seksaan



Satu artikel disiarkan di Huffington Post mengatakan seorang saintis di England mengesahkan bekerja sebelum pukul 9 pagi adalah satu seksaan.

Penyelidik Klinikal, Institusi Tidur dan Neurosains Circadian, Universiti Oxford, Paul Kelley memberitahu The Telegraph bahawa pekerja patut mula bekerja pada pukul 10 pagi.

"Kita mempunyai masyarakat yang tidak cukup tidur. Ia sangat memberi kesan buruk kepada sistem badan anda dan memberi kesan kepada emosi fizikal serta keadaan sistem dalam badan," katanya.

Kajian juga mendedahkan tidak cukup tidur akan menyebabkan masalah kesihatan termasuk kemurungan, peningkatan risiko salah guna bahan dan risiko tinggi untuk menjadi obesiti. - MD
Kerja Sebelum Jam 9 Pagi Satu Seksaan Kerja Sebelum Jam 9 Pagi Satu Seksaan Reviewed by Unknown on September 11, 2015 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.