Seo Services

MV Sah Lian Ditunda Ke Limbang


MIRI: Kapal MV Sah Lian yang berjaya ditemui di Perairan Tanjung Baram, di sini semalam selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu ditunda terus ke Limbang menggunakan sebuah bot tunda pagi tadi.

Difahamkan, keputusan itu dibuat pemilik kapal berkenaan yang berpangkalan di Bintawa, Kuching bagi menghantar muatan besi dan barang pembinaan kepada pelanggan, termasuk haiwan ternakan sebagai langkah mengurangkan kerugian.

Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritiam Malaysia (APMM) Miri, berkata kapal berkenaan yang hanyut selepas dipercayai mengalami kerosakan enjin dilaporkan tiba di Limbang kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Terserah kepada pemilik kapal untuk meneruskan pelayaran selepas kerosakan kapal itu dibaikpulih," katanya ketika dihubungi BH, di sini sebentar tadi.

Kehilangan MV Sah Lian bersama seorang kapten dan 13 kru hanya disedari pemiliknya apabila kapal itu tidak tiba di Limbang pada 5 September seperti dijadualkan selepas empat hari berlepas dari Kuching.

MV Sah Lian yang didaftarkan di Bintawa, Kuching dipercayai mengalami kerosakan enjin menyebabkannya hanyut dan gagal dihubungi pemiliknya.

Kejadian berlaku kira-kira sehari selepas kapal berkenaan berlepas dari Kuching membawa muatan kargo membabitkan barangan am bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Limbang.

Sementara itu, pemilik kapal itu berterima kasih kepada APMM Sarawak yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MV Sah Lian. - BH
MV Sah Lian Ditunda Ke Limbang MV Sah Lian Ditunda Ke Limbang Reviewed by Unknown on September 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.