Seo Services

Polis Mohon Kerjasama Jejak Dua Suspek Kes Narkotik


SRI AMAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman memohon kerjasama orang awam untuk membantu mengesan dua suspek yang dikehendaki berhubung siasatan kes narkotik.

Kenyataan media IPD Sri Aman semalam menyebut, suspek tersebut masing-masing berbangsa Cina dan Iban.

Suspek berbangsa Cina dikenal pasti sebagai Norman Sim Lek Siang dengan alamat terakhirnya di Lot 1951, Kampung Sri Wangi, Jalan Kejatau, 95000 Sri Aman.

Manakala suspek kedua berbangsa Iban dikenal pasti sebagai Alan Augustine dengan alamat terakhirnya di No. 191, Bilik No 2, Berek JKR, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali kedua-dua suspek diminta menghubungi ASP Abdul Aziz Abdullah menerusi talian 083-323166 (pejabat) atau 012-8051082, Inspektor Bill Azman Unjar (083-322044 atau 013-9006799) dan Inspektor Mohd Azlan Abdul Hei (083-322044 atau 012-2608314).-UB



Polis Mohon Kerjasama Jejak Dua Suspek Kes Narkotik Polis Mohon Kerjasama Jejak Dua Suspek Kes Narkotik Reviewed by Unknown on September 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.