Seo Services

Rajagopal Jurulatih Bolasepak Baharu Sarawak!


KUCHING: Pastinya pasukan bolasepak Sarawak mendapat semangat yang baharu dengan pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) ke atas pemilihan Datuk K. Rajagopal sebagai ketua jurulatih baharu Sarawak bagi musim 2016.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh presiden FAS Datuk Sudarsono Osman hari ini merungkai segala persoalan dan teka teki selama ini yakni siapa yang bakal menduduki kerusi panas yang ditinggalkan Robert Alberts, Julai lalu.

"Rajagopal hanya akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Disember ini bagi menghadapi cabaran menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan," katanya lagi.

Sudarsono menyatakan, Rajagopal bagaimanapun, tidak akan mengendali Sarawak untuk saingan Piala Malaysia 2015 dan tugas ketua jurulatih akan dikendalikan oleh David Usop.

"Namun begitu,beliau tetap akan menilai permainan pasukan Sarawak sebagai persiapan untuk saingan Liga Super 2016."

Sudarsono berkatademikian kepada pemberita dalam satu sidang media FAS di Hotel Merdeka Palace sebentar tadi.

"FAS berharap dengan pelantikan Rajagopal selaku pengendali baharu Bujang Senang dapat membentuk satu pasukan yang mampu bersaing dalam Liga Super," katanyasambil menambah, malah pembangunan bola sepak peringkat belia juga diharap dapat berkembang dengan mengenal pasti beberapa pemain untuk diserap ke dalam senarai skuad senior.

Beliau berkata pemilihan Rajagopal bukan atas faktor jurulatih tempatan mahupun asing tetapi dinilai berdasarkan kebolehannya.

"Meskipun dia (Rajagopal) merupakan jurulatih tempatan namun mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa."

"Ia bukan faktor tempatan ataupun asing tetapi kebolehan jurulatih itu sendiri memainkan peranan penting," ujar Sudarsono ketika diminta mengulas tentang pemilihan jurulatih tempatan selepas sekian lama menggunakan khidmat jurulatih asing.

Namun Sudarsono belum mendedahkan tempoh kontrak Rajagopal akan bersama pasukan Sarawak. - Sarawakiana
Rajagopal Jurulatih Bolasepak Baharu Sarawak! Rajagopal Jurulatih Bolasepak Baharu Sarawak! Reviewed by Salfian Nawawi on September 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.