Seo Services

Kepimpinan Adenan Tetap Disokong Masyarakat Cina


LIMBANG : Masyarakat Cina di sini terus memberi sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem khususnya dalam menjaga kebajikan dan memahami kedudukan pendidikan Cina di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Limbang Tan Kei Guan berkata Adenan juga memberi peruntukan yang banyak untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sarawak.

“Selain itu beliau juga mahu autonomi penuh diberi kepada Sarawak yang merangkumi pendidikan termasuk pendidikan Cina di Sarawak,” katanya pada Majlis Konvokesyen SJK dan Tadika Chung Hwa di sini, semalam.

Jelasnya, justeru amat wajar bagi rakyat negeri ini memberi mandat kepada beliau untuk terus menerajui Bumi Kenyalang tercinta ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Chiew Sing Liang, Pemanca Leong Boon Ming, Guru Besar SJK Chung Hwa Peh Yun Lim, Guru Besar Tadika Chung Hwa Limbang Tan Chai Hun dan jemputan lain.

Sementara itu, Tan menjelaskan bahawa murid adalah aset dan sumber berharga negara.

“Sejajar dengan itu, adalah penting untuk melahirkan modal insan berkualiti, secara holistik dan menekankan pembangunan ilmu pengetahuan.

“Kemahiran ini penting dan merupakan satu keperluan dalam menghadapi dunia global dan era ekonomi yang semakin mencabar,”katanya.

Jelasnya, warga sekolah perlu memain peranan dan memikul tanggungjawab untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

Beliau memberitahu, SJK Chung Hwa sudah mempunyai dewan seba guna yang dinamakan Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Cina Limbang.

“Kos pembinaan dewan termasuk membabitkan segala prasarana menelan belanja RM1.1 juta,”dedahnya.

Katanya SJK Chung Hwa yang sudah wujud sejak 1917 kini mempunyai empat blok, empat tingkat bangunan kelas, sebuah kantin dan dewan termasuk bangunan tadikanya yang bernilai RM1.6 juta.

Terdahulu seramai 87 murid darjah enam dan 52 kanak-kanak tabika menerima sijil dan anugerah.

Sekitar 1,000 tetamu hadir memeriahkan majlis itu yang diadakan saban tahun. -UB-
Kepimpinan Adenan Tetap Disokong Masyarakat Cina Kepimpinan Adenan Tetap Disokong Masyarakat Cina Reviewed by Unknown on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.