Seo Services

#DUNSarawak : JKMNS Laksana Lima Projek Pembangunan Fizikal Baharu Dalam RMK-11


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) akan melaksanakan lima projek pembangunan fizikal baharu dengan peruntukan berjumlah RM56.4 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, program pembangunan fizikal kebajikan masyarakat tersebut adalah projek di bawah peruntukan kerajaan negeri Sarawak.

"Projek berkenaan adalah membina semula Rumah Seri Kenangan Kuching (Fasa 2); menaiktaraf dan membaikpulih Pusat Pemulihan Samarahan; Naiktaraf Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman; membina semula Rumah Seri Kenangan Sibu; dan membina kompleks Kebajikan Dalat,"

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya yang bertemakan "Mensejahterakan Rakyat Melalui Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan, Pengupayaan dan Pemerkasaan Wanita dan Pemantapan Pendidikan serta Pembangunan Jati Diri Generasi Muda pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Tanbahnya lagi, sebanyak RM6 juta juga telah diperuntukkan untuk menjalankan pelbagai kajian yang berkaitan dengan hal-hal pendidikan, pemerkasaan wanita dan productive welfare dalam RMK-11.

"Kementerian menyedari pentingnya penyelidikan dan pembangunan sebagai satu pendekatan bagi memantapkan mutu perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada kementeriaan ini," katanya. - Sarawakiana
#DUNSarawak : JKMNS Laksana Lima Projek Pembangunan Fizikal Baharu Dalam RMK-11 #DUNSarawak : JKMNS Laksana Lima Projek Pembangunan Fizikal Baharu Dalam RMK-11 Reviewed by uMieySurianie on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.