Seo Services

#DUNSarawak : Kerajaan Negeri Menyokong Penuh Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)


Kerajaan negeri Sarawak menyokong penuh usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris melalui dasar memartabatkan Bahasa Melayu memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri Sarawak sentiasa mengaluka-alukan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa-bahasa lain termasuk bahasa etnik dalam kalangan penduduk negeri Sarawak kerana ini boleh menambah nilai kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja.

"Antara usaha yang dilaksanakn oleh KPM untuk meningkatkan penguasaan serta kefasihan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan guru adalah Program Penutur Jati Bahasa Inggeris (Native Speaker Programme); Fulbrigth English Teaching Assistant (ETA); Profesional Upskilling of English Languages Teachers (Pro-ELT), Intensive Course in ELT dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO),"

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya yang bertemakan "Mensejahterakan Rakyat Melalui Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan, Pengupayaan dan Pemerkasaan Wanita dan Pemantapan Pendidikan serta Pembangunan Jati Diri Generasi Muda pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Fatimah juga menyatakan, baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Dual Languanges Programme (DLP) dan Highly Immersive Programmes (HIP) akan dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan secara rintis mulai 2016.

Di samping itu, beliau berkata, sokongan rakyat terhadap pendirian dan usaha-usaha ini boleh disimpulkan melalui pandangan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

“Kita menghormati dan menghargai pendirian Kerajaan Negeri seperti yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak untuk menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi dalam urusan kerajaan,” ujar Fatimah menyatakan pandangan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

"Beliau (Pengarah DBP Cawangan Sarawak) meminta supaya masyarakat agar tidak menakrifkan pengumuman ketua menteri itu sebagai untuk tidak menidakkan kepentingan bahasa kebangsaan dan tidak menyalahtafsirkan pengumuman tersebut seolah-seolah kita mengetepikan bahasa kebangsaan," jelas Fatimah.

Justeru itu, Fatimah menegaskan, masyarakat perlulah serentak memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama memperkukuhkan bahasa kebangsaan.

"Banyak bahasa yang kita kuasai, lebih banyak peluang yang kita nikmati,"katanya- Sarawakiana
#DUNSarawak : Kerajaan Negeri Menyokong Penuh Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) #DUNSarawak : Kerajaan Negeri Menyokong Penuh Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.