Seo Services

#DUNSarawak : Kerajaan Sasar Pengukuran Tanah NCR Seluas 730,00 Hektar Siap Akhir Tahun Ini


Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan pengukuran seluas 730,00 hektar tanah NCR di seluruh negeri Sarawak sehingga akhir tahun ini melalui Program Pengukuran Perimeter NCR Inisiatif Baru.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata, sebanyak 443 kawasan seluas 683,171 hektar atau 1,688,116 ekar telah siap diukur, iaitu 94% daripada sasaran yang telah ditetapkan setakat bulan November yang lepas.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 312 kawasan dengan keluasan 454, 079 hektar atau 1,122,029 ekar telah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri,”

“Manakala kawasan lagi yang dianggarkan berkeluasan 87,571 hektar sedang dalam pelbagai peringkat proses pengukuran,”

Beliau berkata sedemikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-17 hari ini.

“Walaubagaimanapun, pengukuran bagi 129 kawasan seluas 2411,875 hektar atau 597,673 ekar tidak dapat disiapkan sepenuhnya memandangkan Jabatan Tanah dan Survei menghadapi masalah di lapangan,”

"Antara masalah yang dihadapi ialah; sesetengah penduduk yang terlibat mendesak supaya diukur kawasan yang tidak tertakluk kepada tuntutan hak adat Bumiputera yang sahih; terdapat pertelingkahan sempadan antara komuniti; penduduk juga mendesak untuk pengukuran lot individu dilaksanakan terus tanpa melalui proses pengukuran perimeter dan terdapat kawasan yang terlibat dengan kes0kes mahkamah.

Menurut Tengah, Jabatan Tanah dan Survei telah mengambil pelbagai inisiatif dalam menangani masalah-masalah di kawasan berkenaan dengan meningkatkan aktiviti interaksi dengan penduduk yang terlibat.

"JTS mengadakan sesi dialog, penyebaran maklumat awam melalui pelbagai program seperti Hari Bersama Pelanggan dan penerangan melalui media massa,"

"Pihak jabatan juga telah memulakan pengukuran individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan-kawasan yang telahpun diukur dan diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri walaupun pada asalnya, kerajaan bercadang untuk melaksanakan pengukuran individu setelah semua pengukuran perimeter peringkat pertama selesai sepenuhnya,"

Tambah beliau lagi, sebanyak 18 kawasan seluas 4,598 hektar atau 11,362 telah siap diukur secara individu yang melibatkan 4,150 lot dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,018 daripadanya telahpun dikeluarkan dengan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

"Saya ingin menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan program pengukuran individu ini amat bergantung kepada kesediaan dan kerjasama penduduk itu sendiri seperti dalam mengenal pasti sempadan yang dituntut di lapangan, hadir semasa pengukuran dijalankan dan bertoleransi agar bebas dari sebarang pertikaian,"

"Peranan dan bantuan jawatankuasa kampung ataupun rumah panjang juga diperlukan bagi memastikan pengukuran di lapangan berjalan dengan lancar,"

Untuk makluman, Tengah juga menyatakan, sejak Program Pengukuran NCR Inisiatif Baru dilaksanakan pada Oktober 2010, jumlah peruntukkan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Tanah dan Survei ialah lebih kurang RM104,060,473.00.

"Setakat ini sebanyak RM95,368,718.00 telah dibelanjakan, Jabatan Tanah dan Survei juga telah memohon peruntukan sejumlah RM158,656,540.00 bagi meneruskan perlaksanaan program ini dalam Rancangan Malaysia ke-11,"

"Program tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan hak pemilik tanah NCR dipelihara dan seterusnya direkodkan dalam Daftar Tanah," - Sarawakiana
#DUNSarawak : Kerajaan Sasar Pengukuran Tanah NCR Seluas 730,00 Hektar Siap Akhir Tahun Ini #DUNSarawak : Kerajaan Sasar Pengukuran Tanah NCR Seluas 730,00 Hektar Siap Akhir Tahun Ini Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.