Seo Services

#DUNSarawak : Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Sentiasa Diberi Perhatian


Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga sentiasa memberi perhatian beberapa perkhidmatan kebajikan masyarakat kepada rakyat negeri Sarawak khususnya dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menambah amaun bagi Bantuan Am (BA), Bantuan Kanak-kanak (BKK) dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), mulai tahun 2016.

"Pertambahan bantuan kebajikan bulanan ini dijangka memberi manfaat kepada 35,542 orang,"

Fatimah berkata, selain daripada bantuan bulanan, kementeriannya  juga melaksanakan program Productive Welfare, bagi kumpulan yang memerlukan.

"Program ini memberi fokus kepada latihan serta bimbingan yang lebih berkesan dan bersepadu bagi menghasikan perubahan minda, pengupayaan diri dan meningkatakan pendapatan peserta, ke arah kemandirian ekonomi,"

"Bagi tempoh 2014- 2015, seramai 751 orang penerima bantuan telah menjalani program ini dan 80 orang telah mencapai taraf berdikari dengan pendapatan minima RM1,200 sebulan,"

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya yang bertemakan "Mensejahterakan Rakyat Melalui Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan, Pengupayaan dan Pemerkasaan Wanita dan Pemantapan Pendidikan serta Pembangunan Jati Diri Generasi Muda pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Menurut beliau lagi, kerajaan juga telah melakukan beberapa penambahanbaikan bagi tujuan meningkatakan mutu pengurusan dan perkhidmatan kepada mangsa bencana.

"JKMNS telah menyediakan Standard operating Procedure (SOP) baharu yang memberi penekanan kepada tiga kompenan penting iaitu : pengukuhan kerjasama rakan strategik agensi; dan, pemerkasaan peranan dan tanggungjawab komuniti setempat; dan, peningkatan kecekapan penyampaian bantuan dan penyelaras di pusat pemindahan,"

Fatimah menjelaskan, sebuah jawatankuasa juga diwujudkan bagi menyelaras sumbangan daripada orang awam.

"JKMNS juga telah menambah kadar catuan makanan untuk mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan; mangsa yang tidak berpinda; dan mangsa yang ditempatakan di pusat pemindahan yang tiada kemudahan memasak dan turut menyediakan khidmat kaunseling, rawatan kesihatan serta kemudahan untuk riadah dan rekriasi,"

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya juga memberi perhatian serius kepada usaha merakyatkan perkhidmatan kebajikan bagi memperluaskan capaian perkhidmatan kepada penduduk di kawasan penduduk di kawasan pendalaman dan luar bandar melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan.

"Integrated Community Outreach Programme yang dibiayai oleh PETRONAS, sebagai contoh, telah diadakan di Rumah Tengku Anak Surik, Nanga Puloh Ulu Lemanak, Sri Aman untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat yang sukar diakses,"

"Pada tahun ini PETRONAS juga telah menyumbang RM2 juta bagi tujuan membantu 92 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) melaksanakan aktiviti masing-masing," - Sarawakiana
#DUNSarawak : Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Sentiasa Diberi Perhatian #DUNSarawak : Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Sentiasa Diberi Perhatian Reviewed by uMieySurianie on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.