Seo Services

Kawal Harga Lima Hari

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena sambutan Krismas.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim kawalan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Barangan yang dikawal adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersih beserta kaki, kepala, hati), ayam super ( tanpa kaki, kepala, hati), kepak ayam, daging kambing bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang serta daging kambing biri-biri import tanpa tulang.

"Selain itu, harga telur ayam gred A,B,C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup (kawalan di peringkat ladang) serta daging babi (perut, daging dan lemak) juga termasuk dalam skim kawalan harga ini.

"Justeru, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakan tanda harga khas berwarna merah jambu untuk semua barangan berkenaan," katanya pada sidang media sebentar tadi.

-Metro
Kawal Harga Lima Hari Kawal Harga Lima Hari Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.