Seo Services

Operasi Mengesan Jururawat Pelatih Dikhuatiri Lemas Diteruskan


KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang jururawat pelatih di Hospital Umum Sarawak (HUS) masuk hari kedua masih lagi diteruskan.

Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, dilaporkan hanyut akibat dipukul ombak iaitu sekitar jam 6.50 petang kelmarin (Sabtu).


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kawasan pencarian ditumpukan di kawasan anak sungai berhampiran lokasi kejadian.

Selain pihak bomba, operasi mencari dan menyelamat itu turut dianggotai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehingga berita ini ditulis mangsa masih belum lagi dapat dikesan.-Sarawakiana


Operasi Mengesan Jururawat Pelatih Dikhuatiri Lemas Diteruskan Operasi Mengesan Jururawat Pelatih Dikhuatiri Lemas Diteruskan Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.