Seo Services

Remaja Lemas Dijumpai Di Long Bam.


MARUDI: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Long Keseh Hulu Baram disini kelmarin telah ditemui pada jam lebih kurang 8.30 pagi tadi.

Mangsa Gary Wan Ding 17, bersama dua rakannya dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki mereka terbalik ketika mangsa dan dua rakannya ingin mencari durian di sekitar Sungai Baram namun hasratnya menjadi tragedi apabila perahu mereka terbalik lalu karam.

Dua rakannya berjaya menyelamatkan diri namun mangsa terus hanyut dibawa arus deras.

Menurut jurucakap bomba, mayat mangsa telah dijumpai di Long Bam, Ulu Sri Kenawant oleh pihak polis dan penduduk kampung kira-kira 30 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Mayat mangsa kini masih berada di Long Lama sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.-Sarawakiana
Remaja Lemas Dijumpai Di Long Bam. Remaja Lemas Dijumpai Di Long Bam. Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.