Seo Services

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2


SHAH ALAM: Menepati ramalan banyak pihak, penyanyi Siti Nordiana muncul sebagai Juara pertandingan Gegar Vaganza musim kedua, yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor malam tadi.

Siti Nordiana menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada artis-artis yang jauh lebih senior iaitu Nassier Wahab, Acong, Ezad Lazim, Farahdhiya dan Haiza.

Kemenangan itu melayakkan Siti Nordiana menerima hadiah kemenangan yang terdiri daripada wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi serta rakaman single terbitan Astro.

“Kemenangan ini adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi keluarga dan peminat. Saya berterima kasih kepada semua,” katanya yang menyanyikan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal oleh Ziana Zain dalam pertandingan akhir itu.

Siti Nordiana juga memenangi persembahan terbaik hasil undian penonton dan membawa pulang wang tunai RM 5,000.

Sementara itu, Faradhiya memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, pakej percutian dan trofi.

Penyanyi Ezad Lazim pula berada di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, pakej percutian dan trofi.

Nassier Wahab yang menduduki tempat keempat membawa pulang RM15,000, pakej percutian dan trofi.

Haiza dan Acong masing-masing hanya berpuas hati di tempat kelima dan keenam.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad; Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengasas Vida Beauty Cosmetic, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.UtusanOnline

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2 Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2 Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.