Seo Services

Gempa Bumi Kuat Di Luar Barat Sumatera


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berikutan gempa bumi yang berlaku di barat daya Sumatera sekitar jam 9 malam tadi, berpusat kira-kira 649 km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163 km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Gegaran gempa bumi kuat yang berukuran 7.9 pada skala Richter itu dilaporkan berlaku di perairan Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

Dalam pada itu, laporan televisyen juga mengatakan gempa itu turut dirasai sehingga ke Padang di Sumatera Barat, Medan dan Aceh. Kawasan air di pantai Meulaboh di Aceh Barat pula dilaporkan surut secara tiba-tiba dan dikhuatiri sebagai tanda-tanda berlakunya tsunami.

Walau bagaimanapun, ribuan penduduk di kawasan pantai di Padang dilaporkan bergerak ke arah kawasan tinggi di Kota Padang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan keadaan di kota itu dilaporkan mengalami kesesakan yang teruk.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Education Malaysia di Jakarta, Dr Juzhar Jusoh ketika dihubungi berkata, kesemua 314 pelajar Malaysia di Aceh dan 78 pelajar di Andalas, Padang diarah supaya berpindah ke tempat yang selamat.

Namun begitu, kejadian itu tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. - Sarawakiana 
Gempa Bumi Kuat Di Luar Barat Sumatera Gempa Bumi Kuat Di Luar Barat Sumatera Reviewed by uMieySurianie on March 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.