Seo Services

Kawasan Rendah Sekitar Kuching Banjir Lagi Ekoran Hujan Lebat



KUCHING: Beberapa kawasan rendah di sekitar Kuching telah dinaiki air dan berlaku banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Flat di Stampin dan Desa Wira Batu Kawa.

Menerusi amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan aktiviti ribut petir yang sedang melanda sekitar kawasan perairan Sarawak, dijangka akan berterusan.

Dalam perkembangan itu, amaran yang di keluarkan di beberapa buah tempat di Sarawak untuk beberapa hari yang mendatang menjadikan keadaan di Sarawak masih belum lagi pulih dari ancaman banjir.

Justeru itu, penduduk di kawasan rendah sekitar Kuching dinasihatkan berwaspada ekoran musim hujan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, kerana ianya dikhuatiri akan mengakibatkan paras air sungai meningkat dan mengakibatkan banjir kilat. – Sarawakiana
Kawasan Rendah Sekitar Kuching Banjir Lagi Ekoran Hujan Lebat Kawasan Rendah Sekitar Kuching Banjir Lagi Ekoran Hujan Lebat Reviewed by uMieySurianie on March 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.