Seo Services

Kekalkan Kerjasama, Muafakat Dan Setia Kepada Pemimpin - Snowdan



BALAI RINGIN: Semangat bekerjasama, muafakat dan taat setia kepada ketua seperti tuai rumah yang menjalankan tugas dengan baik adalah dasar kerajaan untuk kesejahteraan sebuah komuniti.

ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan mengingati penduduk agar terus bersatu mempertahankan adat budaya kaum iban serta mengekalkan semangat kesetiaan kepada ketua di akar umbi untuk membentuk satu siasah komuniti yang berjaya.

"Jangan amalkan sikap memecah belahkan bangsa kerana kesannya amat buruk kepada bangsa dan akhirnya bangsa akan mudah dipengaruhi unsur-unsur negatif yang tidak baik untuk perpaduan sebuah bangsa," katanya.

"Namun dek kerana semangat permuafakan dan kekukuhan ukhwah bangsa iban maka sambutan hari gawai berlangsung dalam suasana yang harmoni dimana bangsa lain selain daripada iban turut gembira menyambut gawai tanpa ada rasa kerisauan dan kebimbangan," jelasnya.

Snowdan turut menasihati penduduk agar taat setia kepada pemimpin terutama pemimpin akar umbi seperti temenggong, kaunselor, pemanca dan tuai rumah terutamanya.



"Tanpa pemimpin akar umbi tersebut, sebuah komuniti akan hancur dan hanyut seperti sebuah kapal tanpa nakhoda," jelasnya.

"Begitu juga pemimpin dan rakyat harus setia kepada pemimpin atasan seperti wakil rakyat dan Ketua Menteri kerana pemimpin atasan ini akan membentuk sebuah pembangunan yang berteraskan rakyat terutama sekali pemimpin dari Barisan Nasional," ujarnya.

Beliau turut kesal dengan segelintir kaunselor dan tuai rumah yang mengkhianati Barisan Nasional memandangkan ada pemimpin tersebut mencadang dan menyokong calon bebas pada pilihanraya yang lepas.

"Saya merujuk seperti apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agong BN Datuk Dr Stephen Rundi bahawa terdapat pemimpin yang dicari dan akan diambil tindakan kerana mengkhianati BN," tegasnya.

"Nasihat saya agar pemimpin akar umbi dan rakyat tidak mengikuti sikap begitu kerana ia menyalahi etika parti BN dan rakyat akan menjadi keliru dan tidak mempercayai pemimpin tersebut di masa hadapan," tambahnya.

Snowdan turut menyentuh bahawa sejak dari dahulu lagi masyarakat iban mengekalkan adat budaya yang begitu unik dalam kehidupan harian dan ia terus dikekalkan sehingga ke hari ini serta sifat kesetiaan kepada ketua menjadikan masyarakat iban kukuh bersatu dalam satu komuniti yang menjadi kebanggaan sehingga kini.

Snowdan hadir ke Majlis Giling Tikai di Rumah TR Lilia Anak Ringan Balai Ringin serta turut hadir Pemanca Peter Mooney, Penghulu Rungka Jimbai dan Penghulu Pelie Jumbu petang tadi.-Sarawakiana
Kekalkan Kerjasama, Muafakat Dan Setia Kepada Pemimpin - Snowdan Kekalkan Kerjasama, Muafakat Dan Setia Kepada Pemimpin - Snowdan Reviewed by Unknown on June 18, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.