Seo Services

Kemeriahan SUKMA XVIII Semakin Dirasai



KUCHING: Kemeriahan Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII terus dirasai dengan promosi dijalankan termasuk jelajah ke seluruh negara termasuk Negara Brunei Darussalam bermula 20 Jun.

Jelajah tersebut akan melibatkan beberapa pasukan dan dijangka berakhir 29 Jun.

Delegasi 1 dan 4 akan melibatkan Menteri Belia dan Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong serta ahli komiti dari pelbagai agensi.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pula akan mengetuai delegasi 2 dan 5 manakala Delegasi 3 dipimpin Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus.

Delegasi 1 akan terlibat dengan jelajah di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang manakala delegasi 2 (Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan) sementara delegasi 3 (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Jelajah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor akan melibatkan delegasi 4 dan delegasi 5 berkunjung ke Negara Brunei Darussalam dan Sabah.

Aktiviti utama delegasi adalah untuk mengadakan kunjungan hormat dan melawat Menteri Besar dan Ketua Menteri selain menjemput kontinjen menyertai SUKMA bermula 23 Julai.

Turut diadakan taklimat pelbagai acara sukan termasuk pembentangan video persiapan SUKMA di Sarawak.


Pelekat kereta, risalah, poster, pin tali leher SUKMA dan ‘mug’ akan diagihkan. – Sarawakiana.
Kemeriahan SUKMA XVIII Semakin Dirasai Kemeriahan SUKMA XVIII Semakin Dirasai Reviewed by Unknown on June 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.