KUALA KANGSAR: Ketua Polis Perak menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar adalah pilihan raya yang terbaik sepanjang beliau memegang jawatan tersebut.
Ini kerana jelas Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi, meskipun sebanyak 161 ceramah diadakan pada semalam, namun tiada sebarang kekecohan berlaku.
Bagaimanapun, pihaknya tetap menempatkan beberapa pasukan polis untuk mengawal keadaan di sekitar Kuala Kangsar.
“Malam tadi ada 161 ceramah dan seoanjang ceramah dijalankan, tidak ada gangguan dari mana-mana pihak, ini bermakna pada saya rakyat kini senakin matang dalam berpolitik.
“Saya sendiri yang merupakan pegawai kanan polis selama 35 tahun, saya rasa inilah pilihan raya yang terbaik selama saya lalui seoanjang menjadi Ketua Polis Negeri di Kuala Kangsar ni,” katanya.
Tambah beliau, setakat ini sebanyak 3,000 anggota polis telah bertugas termasuk unit yang sepatutnya tidak digerakkan.
Pegawai dan anggota polis bersedia di semua pusat pengundian seawal jam 6 pagi.
Katanya, sehingga kini, keadaan keselamatan di kawasan Parlimen Kuala Kangsar terkawal.
“Polis mengambil tugas sejak 6 pagi tadi dan menempatkan kira-kira 3,000 anggota, termasuk pegawai kanan polis bagi memastikan keamanan dan ketenteraman ketika proses pengundian berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Muzwin pada Sabtu.
Beliau dalam masa yang sama turut melaporkan sepanjang aktiviti berkempen di Kuala Kangsar, sebanyak 29 laporan polis telah diterima dan akan disiasat di bawah seksyen 324 kanun keseksaan.
Kesemua yang terlibat adalah mereka yang merupakan penyokong kepada parti politik dimana yang terakhir berlaku pada petang semalam.
Namun, Abdul Rahim tidak mahu menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut.-bnbbc
PRK Kuala Kangsar yang terbaik – KP Perak
Reviewed by Unknown
on
June 18, 2016
Rating:
No comments: