Seo Services

VAPE: Peniaga Dipenjara Miliki 17 Cecair Bernikotin

gambar hiasan
MIRI: Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman kepada seorang peniaga vape disini diatas kesalahan kerana memiliki 17 jenis cecair mengandungi nikotin untuk tujuan dijual.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Marutin Pagan setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Tertuduh, 33, telah didakwa mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati memiliki 17 jenis cecair yang disahkan mengandungi nikotin iaitu sejenis racun yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 tanpa mempunyai lesen racun yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai vape di sini sekitar November 2015.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa dari cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.



VAPE: Peniaga Dipenjara Miliki 17 Cecair Bernikotin VAPE: Peniaga Dipenjara Miliki 17 Cecair Bernikotin Reviewed by Unknown on June 18, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.