Seo Services

Kerana Minat, Sanggup Cat Semua Kereta Warna Pink



SEORANG gadis muda mencuri perhatian pengguna media sosial ekoran sehingga menjadi tular ekoran tindakannya mewarnakkan kesemua kereta yang dimiliki dengan warna merah jambu.

Gadis tersebut, Noor Shafarina Safiee atau lebih popular dengan panggilan Cik Molly cukup gilakan warna merah jambu dan beberapa keping fotonya bersama kereta yang dicat dengan warna ‘pink’ itu menjadi bualan netizen.

Menurut Molly, dia memang cukup menggilai dengan warna merah jambu dan tidak kisah dilabel sebagai apa sahaja oleh netizen.

“Dah tak peduli apa orang kata… asal pink ja Molly, asal I ja pink… hahaha nak buat lagu mana, setiap orang minat tak sama… buat jelah apa yang kita suka betoi dak?

“Ada orang mini beli handbag mahai-mahai, tapi kak Molly tak! macam mana pun tetap suka tengok orang yang ada minat benda unik-unik,” tulisnya dalam kapsyen pada gambar-gambar tersebut.

Menurutnya lagi, setiap kali dia melihat warna merah jambu, hatinya terus terpaut dan dia akan terus membeli barang-barang tersebut biarpun mungkin tidak akan menggunakannya selepas itu.-mynewshub
Kerana Minat, Sanggup Cat Semua Kereta Warna Pink Kerana Minat, Sanggup Cat Semua Kereta Warna Pink Reviewed by Unknown on December 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.