Seo Services

PRK Tanjong Datu: 4 Februari Penamaan Calon, 18 Februari Mengundi


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu ialah pada 4 Februari tarikh penamaan calon, 12 Februari hari mengundian awal dan hari pengundian pada 18 Februari 2017.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR telah menetapkan tempoh berkempen bagi PRK Tanjong Datu adalah selama 14 hari.

Menurutnya, kekosongan kerusi DUN N.3 Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lalu.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRK Tanjong Datu di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

Pada Pilihan Raya Sarawak ke 11, Adenan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang sekadar meraih 648 undi. - Sarawakiana

PRK Tanjong Datu: 4 Februari Penamaan Calon, 18 Februari Mengundi PRK Tanjong Datu: 4 Februari Penamaan Calon, 18 Februari Mengundi Reviewed by Admin on January 19, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.