Seo Services

PRK Tanjong Datu: SPR Guna Daftar Pemilih 2015

KUCHING: Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tanjong Datu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2015 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) sehingga suku kedua 2016 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, daftar pemilih itu mengandungi 9,959 daftar pemilih berdaftar membabitkan 9,771 pemilih biasa dan 188 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis.

Menurutnya, Dewan Masyarakat Lundu akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi, manakala pusat pengundian awal akan diadakan di Dewan Masyarakat Kpg Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sampadi.

"Sebanyak 18 premis bangunan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mempunyai 27 saluran tempat mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRK Tanjong Datu di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

Beliau menjelaskan, PRK Tanjong Datu melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM997,919, dan seramai 250 petugas akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya berkenaan.

Kekosongan kerusi DUN N.3 Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017.

Pada Pilihan Raya Sarawak ke 11, Adenan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang sekadar meraih 648 undi. - Sarawakiana
PRK Tanjong Datu: SPR Guna Daftar Pemilih 2015 PRK Tanjong Datu: SPR Guna Daftar Pemilih 2015 Reviewed by Admin on January 19, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.