Seo Services

Tentera Patah Cubaan Seludup Kenderaan Curi Ke Negara Jiran


LUNDU: Cubaan dua lelaki warga Indonesia menyeludup kenderaan curi dari negara ini ke negara jiran melalui sempadan Sarawak-Kalimantan Barat gagal apabila ditahan oleh sepasukan anggota Batalion 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) disini malam tadi.

Menurut Jurucakap Markas 1 Divisyen Infantri, pada jam 7 malam, seorang penduduk Kampung Biawak tampil ke Pos Gabungan Malaysia-Indonesia di Biawak memaklumkan mengenai kehilangan sebuah kereta jenis Toyota Unser milik adiknya di Sematan pada petang semalam.

“Berdasarkan makluman berkenaan, satu pemantauan di laluan Simpang Kandaie yang merupakan laluan utama menuju sempadan dijalankan dan berjaya menahan seorang lelaki Indonesia berusia 34 tahun manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi Sarawakiana hari ini.

Lelaki Indonesia bersama kenderaan curi berkenaan diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Lundu untuk menjalani tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Tentera Patah Cubaan Seludup Kenderaan Curi Ke Negara Jiran Tentera Patah Cubaan Seludup Kenderaan Curi Ke Negara Jiran Reviewed by Unknown on January 19, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.