Seo Services

'Ketagih' Curi Televisyen Dari Hotel


Bukan satu atau dua tapi 120 televisyen dicuri seorang lelaki dari hotel bajet di beberapa negeri di selatan India sejak empat bulan lalu.

Menurut polis, lelaki itu, Vasudev Nanaiah, yang sudah ditahan menginap di hotel terbabit, membawa keluar televisyen terbabit menggunakan beg besar.

Jika televisyen dalam bilik hotel terbabit tidak muat dalam beg dibawanya, dia akan ke kedai berdekatan membeli beg yang lebuh besar.

Deputi Komisioner Polis di Banglalore, Chetan Singh Rathor, berkata kakitangan hotel tidak mengesyakinya kerana selain berkelakuan sopan, lelaki itu membuat bayaran pendahuluan kononnya dia akan menginap selama beberapa hari namun keluar lebih awal.

“Kami menahannya awal bulan ini selepas seorang peniaga menghubungi polis memberitahu ada seseorang mahu menjual televisyen yang disyaki bukan miliknya,” katanya.

Menurutnya, polis menemui 20 unit televisyen dari lelaki terbabit dan siasatan mendapati dia terbabit dalam lebih 24 kes di Tamil Nadu serta Andhra Pradesh.

Chetan berkata, lelaki itu memberitahu hasil jualan televisyen yang dicuri lelaki itu kebelakangan ini digunakan untuk membayar peguam bagi kesnya mencuri televisyen sebelum ini.-AFP
'Ketagih' Curi Televisyen Dari Hotel 'Ketagih' Curi Televisyen Dari Hotel Reviewed by Unknown on November 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.