Seo Services

ADAM50 Pupuk Budaya Menabung


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pelaburan Ama­nah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang dilancarkan oleh kerajaan dengan usaha sama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dapat memupuk budaya menabung dalam kalangan rakyat.

Perkara itu dijelaskan oleh Perdana Menteri menerusi akaun Facebooknya hari ini, dengan turut berkongsi beberapa maklumat penting produk pelaburan itu.

ADAM50 diumumkan oleh Najib sewaktu membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu dengan setiap anak Malaysia yang lahir dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 akan diberikan nilai pelaburan awal RM200 menerusi skim pelaburan itu.

“ADAM50 untuk semua anak Malaysia yang lahir dari 1 Janua­ri 2018 hingga Disember 2022. Insya-Allah dapat pupuk budaya menabung untuk masa depan,” katanya dalam status di akaun sosialnya itu.

Menerusi ADAM50, 200 unit percuma Amanah Saham Bumiputera (ASB) diperuntukkan kepada bumiputera manakala jumlah yang sama diberikan kepada bukan bumiputera melalui Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

Ibu bapa dan penjaga setiap anak yang dilahirkan boleh men­daftarkan nama anak masing-masing di mana-mana cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau ejen-ejen ASNB di seluruh Malaysia.


- Utusan Online

ADAM50 Pupuk Budaya Menabung ADAM50 Pupuk Budaya Menabung Reviewed by Unknown on January 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.