Seo Services

Elak Saman Menyaman Antara Sekolah, Ibu Bapa - Mahdzir


PADANG TERAP - Kementerian Pendidikan meminta ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar menggunakan pendekatan bijaksana dalam menyelesaikan permasalahan yang terjadi tanpa perlu melibatkan tindakan undang-undang.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan sebagai medium dalam mewujudkan suasana yang harmoni.

“Permuafakatan di antara kedua-dua pihak penting dalam memastikan hasrat kemenjadian pelajar dapat dicapai.

“Tidak perlu sampai ada ibu bapa pergi buat laporan polis atau saman menyaman dan jumlah ibu bapa mengambil tindakan undang-undang terhadap guru memang ada tapi tidaklah banyak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Muafakat di Felda Lubok Merbau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang mendedahkan hampir setiap minggu, ada ibu bapa yang membuat laporan polis dan menggunakan peguam terhadap guru di seluruh negara.-UTUSAN ONLINE
Elak Saman Menyaman Antara Sekolah, Ibu Bapa - Mahdzir Elak Saman Menyaman Antara Sekolah, Ibu Bapa - Mahdzir Reviewed by Unknown on January 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.