Seo Services

Kerajaan tidak akan kecilkan saiz perkhidmatan awam


KOTA BHARU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji tidak akan mengecilkan saiz perkhidmatan awam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal demikian kerana penjawat awam merupakan tulang belakang dalam melaksanakan segala dasar kerajaan.

"Saya anggap penjawat awam sebagai benteng dan tulang belakang kerajaan. Justeru, kerajaan berjanji tidak akan mengecilkan atau mengurangkan saiz perkhidmatan awam.

"Ini kerana ada pihak (pembangkang) yang sudah menguar-uarkan ingin mengecilkan saiz perkhidmatan awam sekiranya memerintah negara ini kerana kononnya dapat menjimatkan perbelanjaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 10,000 penjawat awam di pekarangan Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, serta Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu merangkap Pengerusi Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh. - UTUSAN ONLINE
Kerajaan tidak akan kecilkan saiz perkhidmatan awam  Kerajaan tidak akan kecilkan saiz perkhidmatan awam Reviewed by Unknown on January 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.