Seo Services

Pesakit Kanser Berjaya Lahirkan Bayi Selepas Enam Tahun Simpan Ovum


DORSET, Britain - Seorang guru tadika meraikan saat-saat gembira pada sambutan tahun baharu selepas salah satu daripada 14 ovum yang dibekukan sebelum ini berjaya disenyawakan dan berhasil menimang cahaya mata.

Wanita tersebut, Jenny Redout, 39, mengambil keputusan untuk membekukan 14 ovumnya enam tahun lalu sebelum menjalani kemoterapi selepas doktor yang merawatnya ketika itu memberitahu dia mungkin mandul selepas rawatan itu.

Pada Krismas tahun lalu, dia berkahwin, namun masih gagal mendapatkan zuriat secara normal menyebabkan Redout bersama suaminya, Steve, melakukan persenyawaan tabung uji dengan menggunakan ovum enam tahun lalu.

Pada mulanya, hanya lima daripada 14 ovum yang disenyawakan itu berjaya melepasi tahap embrio, namun satu demi satu, empat daripadanya mati sebelum bersedia untuk menjalani peringkat transplan.

Bagaimana pun pasangan itu bernasib baik apabila satu-satunya benih embrio yang tinggal berjaya disenyawakan dan Redout berjaya melahirkan bayi perempuan yang comel bernama Bonnie melalui pembedahan seminggu sebelum sambutan Krismas baru-baru ini. – Agensi

Pesakit Kanser Berjaya Lahirkan Bayi Selepas Enam Tahun Simpan Ovum Pesakit Kanser Berjaya Lahirkan Bayi Selepas Enam Tahun Simpan Ovum Reviewed by uMieySurianie on January 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.