Seo Services

Polis Buru Suspek Kes Tembak Di City Mall

KUCHING: Polis Sarawak sedang giat mengesan dan memburu suspek yang disyaki terlibat dalam kes tembak di sebuah restaurant Pusat komersial City Mall di sini awal pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, dalam kejadian kira-kira selepas tengah malam tadi, suspek yang bersenjatakan senapang patah dipercayai telah melepaskan tembakan terhadap sekumpulan tiga lelaki yang sedang minum di restoran dalam pusat komersial berkenaan.

Menurutnya, suspek yang dikenal pasti sebagai Patrick Buddy Siam (gambar), berusia 30 tahun dipercayai berasal dari Rumah Antas, Skrang, Sri Aman, telah melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna perak sejurus melepaskan tembakan tersebut.

“Kita sedang memburunya untuk membantu siasatan dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi balai polis terdekat,” katanya.

Beliau yang mengesahkan kejadian itu menerusi satu kenyataan media pagi ini memberitahu, mangsa yang cedera ialah penarik kereta berusia 47 tahun yang terkena tembakan di perut dan kakinya.

Manakala dua lagi mangsa berkerja sebagai jurujual berusia 42 tahun cedera di kaki kanan dan seorang lagi penarik kereta berusia 30 tahun turut cedera di kaki kiri.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Umum Sarawak,” ujarnya.

Dev mendedahkan, siasatan awal mendapati suspek mengenali ketiga-tiga mangsa dan telah berlaku salah faham antara mereka sebelum kejadian.

“Suspek sebelum itu bergaduh dengan teman wanitanya di asrama pekerja, sebelum diminta oleh penyelia asrama dan ketiga-tiga mangsa agar tidak mencetus masalah dan pergi dari situ,’ jelasnya

Beliau bagaimanapun menegaskan, kejadian itu merupakan kes terpencil dan tidak melibatkan kumpulan kongsi gelap.

“Orang ramai tidak perlu khuatir kerana identiti suspek telah diketahui dan kami sedang menjejakinya,” tegasnya. – Sarawakiana
Polis Buru Suspek Kes Tembak Di City Mall Polis Buru Suspek Kes Tembak Di City Mall Reviewed by Admin on January 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.