Seo Services

Salah Guna Gelaran Sultan Kelantan Lelaki Didakwa


Seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan Kerabat Diraja Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menggunakan gelaran dan lambang Kerabat Diraja Long Yunus, tiga tahun lalu.

Tengku Iskandar Tengku Ahmad, 71, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Kamil Nizam.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa tanpa kebenaran daripada Sultan Kelantan menggunakan gelaran Yang Maha Mulia (YMM) pada surat kuasa bertarikh 31 Ogos 2014, yang ditandatangi olehnya dengan nama Yang Maha Mulia Tengku Iskandar Tengku Ahmad Panglima Raja.

Pendakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 3(1)(a) Kelantan Enakmen Bil. 8 1977, Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (mencegah daripada salah guna) yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000.

Bagi pertuduhan kedua, Tengku Iskandar didakwa bertindak bagi pihak Kerabat Diraja Long Yunus dengan menandatangani surat kuasa bertarikh 31 Ogos 2014 dengan kepala surat berlambang Pertubuhan Kerabat Diraja Long Yunus bagi membenarkan penama Chai Kok Leong, 51, mengendalikan kenderaan Mercedes Benz, bernombor pendaftaran WA 45 J yang turut tertera lambang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Syarikat DU Tyre Sdn Bhd, No. 27, Jalan SS21/1A, Damansara Utama dekat sini, kira-kira pukul 3 petang, 31 Ogos 2014.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai untuk sebutan semula kes.-BNBCC
Salah Guna Gelaran Sultan Kelantan Lelaki Didakwa Salah Guna Gelaran Sultan Kelantan Lelaki Didakwa Reviewed by Unknown on April 20, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.