PUTRAJAYA - Semua rakyat Malaysia dilarang melakukan perjalanan ke Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) sehingga diberitahu kelak berikutan ketegangan antara negara itu dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri, keputusan itu diambil berikutan peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea termasuk beberapa siri ujian peluru berpandu yang dijalankan oleh negara tersebut.
“Larangan perjalanan ke negara berkenaan akan dikaji semula sebaik saja keadaan telah kembali normal,” katanya di sini hari ini.
Menurut laporan yang dilaporkan oleh beberapa agensi berita luar negara, Korea Utara kini sedang memperkukuhkan sistem pertahanannya di pantai timur negara itu selepas Pyongyang mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan perang dan akan menembak jatuh pesawat pengebom Amerika Syarikat yang terbang berhampiran Semenanjung Korea.
Sehubungan itu, warganegara Malaysia boleh menghubungi Kementerian Luar Negeri melalui talian 03-8000 8000 (semasa waktu pejabat), 03-8887 4570 (selepas waktu pejabat) untuk sebarang pertanyaan. - K! ONLINE
Rakyat Malaysia dilarang ke Korea Utara
Reviewed by Unknown
on
September 28, 2017
Rating:

No comments: