Seo Services

Polis beri amaran jangan guna lampu strob


Polis telah mengeluarkan amaran tegas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan lampu strob tanpa kebenaran, dan ia perlu ditanggalkan serta-merta. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan peranti tersebut akan dirampas pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mahamad Akhir Darus, penggunaan lampu tersebut adalah melanggar peraturan. Katanya lagi, beliau sendiri telah beberapa kali terlihat pengguna jalan raya menggunakan lampu strob ini bagi memudahkan mereka melalui kesesakan trafik dengan lebih pantas.

Beliau turut menambah, menjelang Hari Raya ini, polis menjangkakan pertambahan trafik, dan pengguna jalan raya yang menggunakan lampu strob ini boleh memburukkan lagi situasi.

Menurut Asisten Komisioner Ruslan Khalid pula, individu yang melakukan perbuatan demikian akan dikenakan saman dan lampu strob berkenaan akan dirampas serta-merta. “Jika mereka tidak mahu menanggalkan lampu tersebut serta-merta, kemungkinan besar kami akan menyita kenderaan mereka,” tegasnya.- paultan.org
Polis beri amaran jangan guna lampu strob Polis beri amaran jangan guna lampu strob Reviewed by Azmin on July 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.