Seo Services

Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja Bantu Mangsa Banjir Sarawak


Sepasukan anggota Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (RRD) dikerahkan membantu mangsa banjir Pusat Pemindahan Banjir Kawasan Samarahan.

Selain daripada membantu memindahkan mangsa banjir, pasukan RRD yang dianggotai oleh dua pegawai dan 29 lain-lain pangkat diketuai oleh Kapten Jorani Dawum membantu menghantar bantuan barangan banjir ke pusat pemindahan berkenaan.

Batalion RRD-10 juga memberi bantuan peralatan untuk memasak, tempat makanan serta bantuan tenaga untuk membantu pengurusan mangsa banjir dan memberi bantuan logistik.

Pada jam 5 petang semalam, ADUN Muara Tuang Dato' Sri Haji Mohamad Ali Mahmud ke Pusat Pemindahan Banjir Kawasan Samarahan di Kawasan Tanggungjawab Batalion RRD-Ke-10.

Mohamad Ali juga meninjau keadaan penduduk yang terjejas akibat banjir di Pusat Pemindahan SK Endap, Balai Raya Kampung Entingan dan Balai Raya Kampung Nangka.

Semasa tinjauan tersebut, Mohamad Ali telah menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada AJK Kampung Endap.

Untuk rekod, setakat jam 5 petang semalam, jumlah mangsa banjir yang telah dipindahkan di Kawasan Samarahan adalah seperti berikut:

Balai Raya Kampung Nangka (270 orang), Balai Raya Kampung Entengan (105 orang), SK Endap (422 orang), Dewan Tanah Putih (87 orang) dan Dewan Suarah Samarahan (110 orang). - Sarawakiana




Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja Bantu Mangsa Banjir Sarawak Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja Bantu Mangsa Banjir Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on January 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.