Seo Services
Results for Nasional

'Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi'

February 22, 2019

Sumber polis memaklumkan bahawa polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

Ahad lalu, Najib dalam kenyataan di Facebook mempersoalkan alasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak membuka semua siasatan ke atasnya berhubung kes berkenaan.

Najib bertegas untuk disiasat atas semua tuduhan pembunuhan selepas mendakwa bahawa sejak 10 tahun lalu, jentera propaganda DAP menuduh beliau membunh Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussan Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani.

Oktober tahun lalu, pembantu Najib membuat laporan polis agar siasatan dibuka semula.

Bagaimanapun, Ketua Polis Sentul S Shanmugamoorthy Chinniah berkata tiada apa-apa yang boleh disiasat dari laporan polis berkenaan dan menyifatkan ia sebagai isu awam.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa sekiranya terdapat bukti yang mengaitkan bekas presiden Umno itu, polis akan menyiasat Najib meski tiada laporan polis dibuat.

"Tiada kertas siasatan dibuka mengaitkan Najib. Dan tidak perlu buat laporan polis untuk siasat beliau. Jika ada perkembangan baru yang mengaitkannya dengan sebarang kes, kita akan siasat meski tiada laporan polis.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, sila tampil," katanya.

Richard Morais yang merupakan adik lelaki Kevin Morais, sebelum ini menggesa orang ramai berhenti mengaitkan Najib dengan pembunuhan abangnya.

"Kita sembahyang punya orang. Takkan nak sokong barang yang tak betul. Ini kebenaran. Dia (Najib) tidak terlibat sama sekali, saya boleh jamin.

"Bukan nak cakap saya sokong dia, masalahnya kes bunuh ni tak ada kena mengena dengan dia," katanya kepada Malaysiakini.

Kevin Morais, merupakan timbalan pendakwa raya yang bertugas dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati dibunuh pada September 2015 selepas dilaporkan hilang pada 4 September dan mayatnya ditemui disimen dalam tong dua minggu lepas itu.

Susulan itu, terdapat tanggapan pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan kes 1MDB dan skandal SRC International.

Seorang lagi adik mendiang, Charles Morais, mendakwa abangnya mendraf kertas dakwaan terhadap Najib sebelum dibunuh, namun SPRM menafikan Kevin Morais terlibat dalam siasatan 1MDB.

Sementara itu, Richard menambah bahawa Najib menghantar bunga dalam upacara persemadian Kevin, selain merupakan individu yang mencadangkan agar Kevin diberikan gelaran Datuk.

"Saya tidak kata dia malaikat, tapi kes ini tak ada kaitan dengan Najib," katanya kepada Malaysiakini.

Richard turut menyatakan keyakinan bahawa pihak berkuasa dan mahkamah akan mengendalikan kes pembunuhan berkenaan.

Ravi Chandaran, R Dinishwaran, AK Thinesh Kumar, M Vishwanath, S Nimalan dan Kunaseegaran tidak mengaku bersalah atas dakwaan membunuh Kevin Morais ketika mendiang dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul, ke No 1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 Sept 2015.

Sesi perbicaraan seterusnya akan disambung pada 21 Mac. - MalaysiaKini
'Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi'  'Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi' Reviewed by Admin on February 22, 2019 Rating: 5

16,000 penjawat awam bakal dibuang kerja?

January 25, 2019

PUTRAJAYA - Seramai 16,000 penjawat awam dijangka akan kehilangan pekerjaan mereka selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam.

Keputusan itu selaras dengan dasar baharu kerajaan bagi mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan.

Dalam surat Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 26 Disember lalu menyatakan Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil 10 Tahun pada 27 November telah menegaskan komitmen melaksanakan keputusan itu bermula tahun ini dengan pengurangan sebanyak satu peratus.

Bilangan penjawat awam di seluruh negara adalah seramai hampir 1.7 juta. - Sinar Harian

16,000 penjawat awam bakal dibuang kerja? 16,000 penjawat awam bakal dibuang kerja? Reviewed by Admin on January 25, 2019 Rating: 5

'Sultan Malaysia’ dibebaskan, kertas siasatan masih belum lengkap

January 20, 2019

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya sebagai “Sultan Malaysia” atau ‘tuan punya' kerajaan Malaysia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman bermula 13 Jan lepas bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu berkata individu yang berusia, 47 tahun dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan bersama seorang penjamin yang merupakan bapa mertua suspek.

"Suspek dilepaskan hari ini (Ahad) memandangkan bahawa kertas siasatan masih belum lengkap dan tempoh reman tamat hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata kes tersebut akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut.

Lelaki itu sebelum ini mengadakan sidang media di Sungai Rambai pada 13 Jan lepas dan mendakwa bahawa beliau adalah ‘tuan punya' (pemilik) Kerajaan Malaysia dan layak untuk menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan polis telah merakam percakapan 20 individu bagi membantu siasatan terhadap suspek yang mempunyai empat rekod lampau di bawah kesalahan kes penipuan, curi dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak sebelum ini. - Bernama
'Sultan Malaysia’ dibebaskan, kertas siasatan masih belum lengkap 'Sultan Malaysia’ dibebaskan, kertas siasatan masih belum lengkap Reviewed by Admin on January 20, 2019 Rating: 5

KPDNHEP semak semula undang-undang transaksi dalam talian

January 10, 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyemak semula undang-undang mengenai kepenggunaan yang sedia ada berikutan peningkatan dalam aduan penipuan transaksi dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata isu penipuan terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan dalam talian kini menduduki tangga kedua dalam senarai aduan yang diterima dan isu tersebut tidak boleh dipandang remeh terutamanya daripada segi penguatkuasaan.

“Peniaga dalam talian ini, bukan hanya bernaung dibawah entiti yang sudah tersohor seperti Shopee atau Lazada.

“Jadi yang takrif dibawah jualan dalam talian ini bukan hanya satu syarikat...dia boleh jadi individu .. dan disitu kami ada kesulitan dalam penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari sempena kempen Shopee Kongsi Fa Cai 2019 di sini hari ini.

Walaupun KPDNHEP mempunyai tribunal pengguna untuk menangani isu kepenggunaan, ia masih mempunyai kekurangan kerana undang-undang yang sedia ada tidak begitu berkesan.

“Antara kekurangan yang kita dapati adalah, untuk mengambil tindakan ke atas orang yang diadu, pengguna perlu membuat aduan, kementerian menyiasat dan syarat bagi tindakan diambil untuk membawa ke muka pengadilan dalam tribunal ini, notis perlu diberikan secara fizikal,” kata Saifuddin.

Oleh itu, pihak kementerian bersama dengan penasihat undang-undang akan meneliti semula klausa-klausa undang-undang yang sedia ada.

Peserta industri juga turut disarankan untuk tampil memberi pendapat bagi membanteras isu penipuan perniagaan dalam talian ini, katanya.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li berkata, pihaknya telah pun mempunyai satu sistem yang dipanggil “Shopee Guarantee” bagi memastikan Malaysia mempunyai infrastruktur dan perkhidmatan yang betul membabitkan perniagaan dalam talian.

“Pada dasarnya, kita akan menahan wang daripada serahan kepada penjual, sehingga pembeli benar-benar menerima produk. Ini juga memberikan perlindungan kepada pembeli.

"Dan jika terdapat pertikaian di antara pembeli dan penjual, Shopee akan campur tangan dan menyelesaikan masalah berkenaan," kata Zed Li.

Beliau berkata, Shopee akan terus bekerjasama dengan KPDNHEP dalam menjaga hak pengguna serta mengembangkan industri e-dagang. - Bernama
KPDNHEP semak semula undang-undang transaksi dalam talian KPDNHEP semak semula undang-undang transaksi dalam talian Reviewed by Admin on January 10, 2019 Rating: 5

Abang Salehuddin Ketua Pengarah DBP baharu

January 10, 2019

KUALA LUMPUR 10 Jun. - Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-12.

Abang Salehuddin sebelum ini menjawat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP dan memangku jawatan Ketua Pengarah sejak Disember tahun lalu.

Pengerusi Lembaga DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, berkata pelantikan itu yang dipersetujui Lembaga Pengelola DBP mendapat kelulusan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik juga persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Pemilihan Abang Salehuddin dibuat berdasarkan markah keseluruhan tertinggi calon yang berjaya mengisi jawatan Ketua Pengarahnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini terdapat sembilan calon yang disebut-sebut bagi mengisi jawatan itu setelah DBP mengiklankan kekosongan jawatan Ketua Pengarah berikutan penamatan kontrak Datuk Abdul Adzis Abas bermula 1 Disember tahun lalu.

Penamatan kontrak itu dibuat tiga bulan lebih awal daripada kontrak asal yang sepatutnya tamat pada Februari depan. - UTUSAN ONLINE
Abang Salehuddin Ketua Pengarah DBP baharu Abang Salehuddin Ketua Pengarah DBP baharu  Reviewed by Admin on January 10, 2019 Rating: 5

Sekadar perjumpaan biasa, kata Tun M menghadap Sultan Johor

January 10, 2019

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, pertemuan beliau dengan Sultan Johor sekadar perjumpaan biasa.

"Saya hanya mahu menghadap baginda, itu saja," katanya ketika ditanya mengenai beliau akan menghadap Sultan Ibrahim pada Khamis.

Perjumpaan itu dijadualkan pada pukul 3 petang di Istana Bukit Serene.

Ia akan menjadi pertemuan buat pertama kali antara Dr Mahathir dengan Sultan Johor selepas menjadi perdana menteri, Mei lalu.

Sumber di Pejabat Perdana Menteri memberitahu, pertemuan tersebut diadakan berikutan permintaan Sultan Ibrahim, beberapa minggu lalu.

Difahamkan Dr Mahathir akan bersendirian menghadap baginda. - The Star
Sekadar perjumpaan biasa, kata Tun M menghadap Sultan Johor Sekadar perjumpaan biasa, kata Tun M menghadap Sultan Johor Reviewed by Admin on January 10, 2019 Rating: 5

Polis: Penculik hantar video nelayan diculik di Sabah, tuntut RM400,000

January 09, 2019

Oleh: Durie Rainer Fong
KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan satu klip video yang dimuat naik ke YouTube ialah seorang nelayan Indonesia yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Gaya, Semporna, tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata pihaknya sudah menghubungi rakan sejawatan di Filipina yang mengesahkan lelaki menangis dan merayu bantuan dalam rakaman video itu ialah Samsul Saguni.

“Kami terima pengesahan video itu dirakam di Filipina dan dihantar penculik kepada majikan Samsul untuk menuntut wang tebusan 4 juta peso (RM400,000),” katanya kepada wartawan hari ini.

Omar berkata, Samsul diculik bersama Usman Yunus di Semporna pada 11 September lalu. Bagaimanapun, Usman berjaya melarikan diri dan pulang ke pangkuan keluarganya.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Samsul dan Usman bersama 2 yang lain sedang menangkap ikan di perairan itu, sebelum sekumpulan lelaki bersenjatakan M16 menaiki bot mereka.

Samsul dan Usman diculik kumpulan lelaki itu, tetapi 2 lagi rakan mereka berjaya mengelak dengan bersembunyi di bawah timbunan papan lapis dan karung guni di dalam bot nelayan itu.

Dalam video pendek itu, Samsul dilihat mencangkung dalam satu lubang dengan hanya berseluar pendek dan tangannya di belakang badan.

Dua individu berpakaian seragam tentera dilihat mengacukan sesuatu seperti senapang ke arah mangsa yang sedang merayu meminta bantuan. Bagaimanapun, mereka hanya boleh dilihat dari paras pinggang ke bawah.

Difahamkan, ini adalah kes culik pertama dalam hampir 2 tahun.

Bulan lalu, 3 nelayan yang terdiri daripada 2 warga Indonesia dan seorang rakyat Malaysia, turut diculik di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, di pantai timur. Mereka dikenal pasti sebagai Heri Ardiansyah, Jari Abdullah dan Hariadin.

Omar tidak menolak kemungkinan dalang di sebalik penculikan itu ialah seorang daripada 18 suspek yang dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Baru-baru ini, Esscom mengeluarkan senarai terbaru yang mengandungi nama dan gambar 18 warga asing dikehendaki atas jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Kami sedang mendapatkan bantuan daripada rakan sejawatan di Filipina dan Cawangan Khas kami turut memburu kumpulan lelaki terbabit.

“Buat masa ini, tiada tanda mereka di Sabah.” - FMT

Polis: Penculik hantar video nelayan diculik di Sabah, tuntut RM400,000 Polis: Penculik hantar video nelayan diculik di Sabah, tuntut RM400,000 Reviewed by Admin on January 09, 2019 Rating: 5

Hina Agong: Tiga individu ditahan

January 09, 2019

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah menahan tiga individu yang memuat naik di media sosial komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Petuan Agong XV.

Mohamad Fuzi berkata mereka yang ditahan untuk siasatan itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 dan 46 tahun.

"Penahanan kesemua individu itu dibuat selepas kami menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik akaun laman sosial terbabit yang memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V.

"Mereka yang ditahan ialah pemilik dua akaun twitter (@azhamaktar dan @aliaastaman) serta seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Eric Liew," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata ketiga-tiga individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

Beliau turut menasihati orang ramai agar menggunakan laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif berhubung peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV hingga mampu menimbulkan perspektif negatif terhadap institusi diraja.

Ahad lepas, Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa serta merta.

Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Dis 2016. - Malaysiakini

Hina Agong: Tiga individu ditahan Hina Agong: Tiga individu ditahan Reviewed by Admin on January 09, 2019 Rating: 5

6 Raja bertemu selepas Agong letak jawatan

January 08, 2019

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara sebelum ini dilakukan dengan penuh adab sopan, kata Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Beliau berkata walaupun meninggalkan takhta, baginda tetap meletakkan harapan supaya kestabilan dan keamanan negara terus berkekalan.

“Sultan Muhammad mengucapkan terima kasih kepada Raja-raja yang memberi kepercayaan kepada baginda, kedua, baginda mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan serta selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera, baginda turut menzahirkan penghargaan,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam tadi.

Beliau yang membincangkan topik “Institusi Raja Tiang Seri Negara” berkata pertemuan 6 Raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini yang menetapkan tarikh bagi memilih dan acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baru dan timbalannya membuktikan elemen tanggungjawab yang besar.

“Apabila diumumkan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan semalam, 6 daripada 8 Raja-raja terus mengadakan perjumpaan untuk menetapkan tarikh dan tidak tangguh lagi, dan kalau dilihat 1 Feb adalah Hari Wilayah Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong akan menyampaikan anugerah-anugerah Persekutuan dan perlu ada Agong pada hari tersebut.

“Jadi, kelajuan untuk mencapai keputusan itu menunjukkan mereka tidak mahu ada vakum dan perlu diisi secepat mungkin,” katanya.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan timbalannya akan diadakan pada 24 Jan ini.

Perkara itu diputuskan oleh Raja-raja dalam pertemuan pada 10.30 pagi semalam di Istana Negara yang turut menetapkan Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baru dan timbalannya akan diadakan pada 31 Jan ini.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata sistem pendidikan kenegaraan merupakan isu utama dan perlu diberikan penekanan untuk membina kekuatan jati diri setiap rakyat, khususnya dalam era globalisasi dan cabaran yang dihadapi masa kini.

“Sistem pendidikan kenegaraan bukan semata-mata materialistik tetapi untuk meningkatkan perasaan romantis pelajar, dan bagaimana kecintaan kita kepada Raja dan negara serta apa juga elemen yang boleh menjadi penyeimbang kepada kemakmuran negara,” katanya.

Shamrahayu berkata institusi beraja memainkan peranan penting dalam negara kerana ia merupakan kompas yang menentukan kedudukan agama, budaya, syariat serta elemen-elemen tradisi yang menjadi identiti Malaysia. - Bernama
6 Raja bertemu selepas Agong letak jawatan  6 Raja bertemu selepas Agong letak jawatan Reviewed by Admin on January 08, 2019 Rating: 5

Yang di-Pertuan Agong letak jawatan

January 06, 2019

Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini.

Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.

Berikut merupakan kenyataan penuh Istana Negara:

"Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

"Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.

"KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.

"Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.

"Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaufat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni." - Malaysiakini

Yang di-Pertuan Agong letak jawatan Yang di-Pertuan Agong letak jawatan Reviewed by Admin on January 06, 2019 Rating: 5

Harga RON95 turun 27 sen mulai tengah malam ini

January 04, 2019

Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Semua harga itu berkuat kuasa mulai 5 Januari 2019 sehingga 11 Januari 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019.

“Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini,” katanya.

Menurut Lim, pengumuman harga runcit bahan api itu akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.

RON95 kekal pada paras RM2.20 seliter

Beliau berkata, kerajaan juga akan terus komited untuk melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum dan pada masa yang sama melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.

Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

“Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi,” katanya.

“Kaedah baru ini ialah inisiatif kerajaan persekutuan Pakatan Harapan yang tidak pernah diamalkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pengekalan harga pada paras ini adalah sehingga pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan mulai pertengahan tahun 2019, sebelum harga runcit produk petroleum diapungkan secara terkawal mengikut harga pasaran.

Selain itu, beliau berkata bahawa harga baru itu turut mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh mesyuarat jemaah menteri.

Komisen pengusaha stesen

Kata Lim, pelarasan semula harga runcit produk petroleum ini juga mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, termasuk permintaan Petroleum Dealers Association of Malaysia (PDAM) yang memohon supaya kadar margin mereka digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum.

“Sehubungan ini, Kerajaan telah bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk petrol RON95 dan tambahan 3 sen kepada 10 sen seliter bagi produk diesel.

“Ini merupakan kenaikan sebanyak 2.81 sen seliter bagi petrol dan 3 sen seliter bagi diesel, berbanding kadar semasa. Kali terakhir kadar margin ini disemak semula adalah pada tahun 2008,” kata Lim. - Malaysiakini

Harga RON95 turun 27 sen mulai tengah malam ini Harga RON95 turun 27 sen mulai tengah malam ini Reviewed by Admin on January 04, 2019 Rating: 5

KWSP: Tanah di Sungai Buloh dibeli pada nilai pasaran adil

January 04, 2019

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembelian tanah di Sungai Buloh oleh anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Land Sdn Bhd pada 2012, dilaksanakan secara profesional.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, pembelian tanah seluas 944.13 hektar (2,330 ekar) daripada Aset Tanah Nasional Berhad (ATNB), jentera tujuan khas (SPV) milik 100% Kementerian Kewangan, dilaksanakan secara saksama bagi membangunkan Kwasa Damansara.

Kwasa Damansara ialah sebuah bandar merangkumi pusat perumahan dan komersial serta infrastruktur dan kemudahan awam.

KWSP berkata, ia mengikut struktur pelaburan ketat yang memerlukannya menjalankan usaha wajar sebelum membuat transaksi.

“Harga pembelian RM2.28 bilion itu berdasarkan nilai pasaran yang adil, berikutan lokasinya baik antara Kota Damansara dan Sungai Buloh.

“KWSP tidak mengetahui sebarang aturan selepas pembelian itu antara Lembaga Getah Malaysia dan ATNB seperti dibangkitkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok,” katanya.

Semalam, Kok berkata ATNB pada Oktober 2010 mengambil alih tanah itu daripada Lembaga Getah Malaysia (MRB) dengan kos RM1.5 bilion, lebih rendah daripada nilai pasaran.

Tanah itu kemudiannya dijual kepada KWSP oleh MRB melibatkan RM2.28 bilion pada 2012. - Bernama
KWSP: Tanah di Sungai Buloh dibeli pada nilai pasaran adil KWSP: Tanah di Sungai Buloh dibeli pada nilai pasaran adil Reviewed by Admin on January 04, 2019 Rating: 5

Negeri mungkin diminta guna wang sendiri selenggara jalan persekutuan

January 04, 2019

GEORGE TOWN: Kerajaan persekutuan mungkin meminta kerajaan negeri menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung mengunakan dana sendiri tahun ini, memandangkan belanjawan nasional yang terhad.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian akan berbincang dengan kerajaan negeri tentang cadangan itu.

“Saya pasti ada ruang di mana kita boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri, memandangkan ekonomi yang mencabar sekarang.

“Mendapatkan dana untuk menyelenggara jalan persekutuan menjadi masalah dan kita harap dapat selesaikan melalui cara ini,” katanya pada sidang media di pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) wilayah utara hari ini.

Jalan persekutuan dan kampung biasanya diselenggara melalui dana Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Dana untuk penyelenggaraan jalan negeri daripada peruntukan geran jalan negeri bawah Artikel 109 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan.

Wang tersebut bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (Marris). Ia diletakkan bawah badan amanah yang dikendalikan kerajaan negeri.

Mereka yang memerlukan wang itu hendaklah memohon dan akan diberi geran berdasarkan formula yang ditentukan untuk mengukur panjang, lebar dan gred jalan yang akan diselenggarakan itu.

Kini terdapat kira-kira 50,000 km jalan persekutuan di negara ini di bawah pemantauan Kementerian Kerja Raya, kecuali Sabah dan Sarawak.

Ditanya sama ada kerajaan persekutuan akan memberi lebih banyak peruntukan untuk penyelenggaraan jalan di Pulau Pinang, Baru berkata, ia agak susah sekarang kerana perbelanjaan kerajaan terhad.

Katanya, cara terbaik ialah dana Marris dibuka untuk semua jenis jalan, kerana ia akan memberi manfaat kepada penyelenggaraan jalan di kawasan luar bandar, terutama jalan-jalan “Jiwa Murni” (jalan kampung) di Sarawak yang dilaporkan dalam keadaan daif.

Katanya, kebanyakan jalan luar bandar di Sarawak dibina oleh kerajaan persekutuan, tetapi tidak diberikan dana daripada Marris untuk diselenggarakan.

Secara logik, katanya, penyelenggaraan semua jalan patutnya layak dipohon daripada dana Marris.

“Saya gembira mendengar terdapat pembangunan di Sarawak sekarang dan negeri tersebut telah mengubah peraturan untuk memasukkan Jalan ‘Jiwa Murni’ atau jalan-jalan kampung di bawah kelayakan dana Marris. - FMT
Negeri mungkin diminta guna wang sendiri selenggara jalan persekutuan Negeri mungkin diminta guna wang sendiri selenggara jalan persekutuan Reviewed by Admin on January 04, 2019 Rating: 5

Laporan: Majlis Raja-raja bermesyuarat malam tadi

January 04, 2019

Majlis Raja-raja Melayu dilapor bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi.

Ia berlangsung ketika timbul spekulasi berkaitan status Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Memetik sumber, The New Straits Times (NST) hari ini mengesahkan mesyuarat tidak rasmi berlangsung berlangsung susulan tamatnya tugas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai pemangku Agong.

Tidak seperti mesyuarat biasa, menurut laporan itu, tiada keperluan untuk perdana menteri dan pegawai kerajaan lain hadir.

Mesyuarat seperti ini dilaporkan jarang berlaku.

“Mesyuarat seperti ini biasanya berlangsung sekali atau dua kali sepenggal, dan biasanya untuk membincangkan sesuatu yang penting.

“Tiada mesyuarat seperti ini tahun lepas,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Satu lagu sumber juga menegaskan kepada NST bahawa mesyuarat itu benar-benar berlangsung.

Katanya, terdapat “perbincangan serius” berkaitan hal ehwal monarki.

Sumber bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Agong hadir dalam mesyuarat itu.

“Kamu kena tanya Istana Negara. Saya tidak dapat beritahu,” katanya.

Setakat laporan ini ditulis, Istana belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara itu.

Malaysiakini sudah menghubungi istana dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sultan Muhammad V had bercuti dua bulan sehingga 31 Disember untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ketika ketiadaan baginda, Sultan Nazrin memangku tugas sebagai Agong.

Media luar negara sebelum ini melaporkan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Rusia Oksana Voevodina di Moscow.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pihak istana belum membuat sebarang penjelasan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah semalam berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan Sultan Muhammad V mahu meletakkan jawatan.

Mohd Amar meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin. - Malaysiakini

Laporan: Majlis Raja-raja bermesyuarat malam tadi Laporan: Majlis Raja-raja bermesyuarat malam tadi Reviewed by Admin on January 04, 2019 Rating: 5

Harga RON95 turun antara 20 sen hingga 27 sen selepas 'debat hangat'

January 03, 2019

Harga bahan api RON95 mungkin turun antara 20 sen hingga 27 sen seliter, menurut laporan oleh akbar Cina, Oriental Daily.

Akhbar harian itu yang memetik sumber, melaporkan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika ini, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19 seliter.

Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dicapai selepas "perbahasan hangat" semasa mesyuarat jemaah menteri.

Ia berkata harga baru itu juga akan menangani kebimbangan yang dikemukakan oleh Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM).

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan harga minyak baru akan diumumkan esok tetapi tidak mendedahkan harga berkenaan.

Katanya, keputusan mengenai harga bahan bakar tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, harga petrol akan ditetapkan selepas mesyuarat dengan pihak berkepentingan selesai.

“Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya.

Pada 24 Disember 2018, Lim mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel akan ditentukan oleh sistem apungan mingguan bagi mencerminkan harga minyak mentah yang menurun.

Bagaimanapun, PDAM berkata peniaga petrol akan mengalami kerugian akibat langkah itu dan meminta peningkatan margin keuntungan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Seterusnya, Lim mengumumkan penangguhan sistem harga baru sehingga kabinet menangani kebimbangan PDAM. Tarikh tutup ditetapkan sehingga esok. - Malaysiakini

Harga RON95 turun antara 20 sen hingga 27 sen selepas 'debat hangat' Harga RON95 turun antara 20 sen hingga 27 sen selepas 'debat hangat' Reviewed by Admin on January 03, 2019 Rating: 5

Jason Cock si bapa ayam tersohor dicekup

January 02, 2019

POLIS menahan seorang lelaki juga bapa ayam terkenal di negara ini yang menjadikan lebih 30 wanita tempatan sebagai pelacur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal November lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu menjadikan penuntut universiti tempatan sebagai pelacur dan mengiklankan perkhidmatan itu di laman sosial dan aplikasi WeChat.

Difahamkan suspek yang bergiat aktif sejak empat tahun lalu akan mencari pelanggan di laman web dan amat terkenal dalam kalangan orang kenamaan (VIP).

Suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman selepas risikan selama setahun dijalankan.

Suspek yang menggunakan nama samaran Jason Cock itu melakukan kesalahan menjadi orang tengah dan hidup atas hasil persundalan.

Sumber berkata, suspek kini ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) selama 60 hari sebelum didakwa di mahkamah.

“Modus operandi suspek adalah mencari penuntut universiti tempatan yang ingin mencari pekerjaan sambilan dengan pendapatan lumayan.

“Suspek sangat licik dan menggunakan rangkaiannya bagi mengelakkan kegiatannya dihidu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, suspek mengaut keuntungan ribuan ringgit sehari dengan mengambil komisen dari wanita berkenaan.

“Setiap hari wanita yang dijadikan pelacur itu akan menawarkan perkhidmatan seks sebanyak lapan hingga 12 kali.

“Setiap sesi seks, suspek akan menerima komisen sebanyak RM50 hingga RM100 bagi setiap slot yang ditawarkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan berkenaan.

“Suspek ditahan pada awal November lalu dan kini dalam tahanan POCA untuk siasatan lanjut.

“Siasatan berhubung kegiatan suspek akan terus dijalankan sebelum proses pendakwaan dilakukan,” katanya. - Harian Metro

Jason Cock si bapa ayam tersohor dicekup Jason Cock si bapa ayam tersohor dicekup Reviewed by Admin on January 02, 2019 Rating: 5

Buang pekerja: Bekas ahli lembaga minta Tony Fernandes lebih rasional

January 02, 2019
Foto MSN

PETALING JAYA: Seorang bekas ahli lembaga pengarah Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) meminta Pengerusi Tony Fernandes mengkaji semula rancangan memberhentikan pekerja, mengatakan perubahan boleh dilakukan tanpa mengambil langkah itu.

Ini kerana para pekerja PSM sudah lama berkhidmat dalam bidang sukan, katanya, dan menambah PSM juga mempunyai kelengkapan secukupnya yang boleh dimanfaatkan.

“Tony mengambil PSM sudah lengkap. Fasa 1 pembangunan dan stadium sudah lengkap dengan teknologi terhebat di dunia. Tidak banyak yang perlu beliau lakukan,” kata Datuk Razlan Rafii kepada FMT.

Bekas pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan itu menyarankan Tony memikirkan cara lain untuk membangunkan sukan negara tanpa perlu menamatkan pekerjaan.

Beliau menambah, kebanyakan pekerja PSM adalah lantikan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Saban hari ada sahaja berita pahit untuk pengiat sukan, mereka ditekan dari setiap penjuru,” katanya.

Razlan mengulas kenyataan PSM mengumumkan ia sedang mengkaji aspek operasi, termasuk isu pertindihan tugas dan lebihan kakitangan, melibatkan 67 lantikan kontrak dan 109 jawatan tetap.

PSM memberikan tempoh sehingga 15 Februari ini kepada kakitangan kontrak yang tamat pada 31 Disember untuk mencari pekerjaan lain.

Ia sebahagian usaha untuk mengurangkan perbelanjaan dan kebergantungan kepada bantuan kewangan kerajaan, di samping meningkatkan ketelusan.

Langkah lain yang diambil adalah penilaian semula semua kontrak bekalan barangan dan perkhidmatan, dan penilaian struktur organisasi di peringkat atasan dan pertengahan.

Sementara itu, Razlan berkata PSM mempunyai beribu ekar tanah dan kemudahan lain di sekitar Kuala Lumpur, dan khuatir adalah langkah-langkah Tony itu akan membawa kepada penjualan tanah dan kemudahan berkenaan, selain pemberhentian pekerja, untuk “mendapat untung singkat”. - FMT

Buang pekerja: Bekas ahli lembaga minta Tony Fernandes lebih rasional Buang pekerja: Bekas ahli lembaga minta Tony Fernandes lebih rasional Reviewed by Admin on January 02, 2019 Rating: 5

Timbalan menteri gesa rakyat guna lebih minyak sawit demi bantu naikkan harga

January 02, 2019

MELAKA: Rakyat di negara ini disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatkan harga komoditi itu, kata Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, kementerian itu akan terus mempergiatkan promosi penggunaan minyak sawit dalam kalangan rakyat negara ini, selain mengembangkan pasaran sedia ada serta meneroka pasaran baru di dalam dan luar negara.

“Kita berdepan cabaran cukup besar dalam usaha meningkatkan harga pelbagai komoditi negara, termasuk sawit kerana industri komoditi antara penyumbang terbesar kepada pendapataan negara, dan kedudukan harga komoditi terlibat bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi pekebun kecil, malah negara.

“Justeru, kita mengharapkan sokongan masyarakat pelbagai latar belakang pendapatan untuk terus menggunakan minyak sawit agar industri komoditi ini dapat terus dibangunkan supaya permintaan, tawaran dan harganya dapat ditingkatkan,” katanya selepas Program Sambutan Tahun Baru 2019 di Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Melaka, semalam.

Shamsul Iskandar berkata, kerajaan menerusi kementerian berkenaan akan terus menjalin ikatan dengan pemegang berkepentingan dalam industri sawit di pelbagai peringkat, termasuk pekebun kecil untuk bersama melaksanakan langkah berkesan dalam meningkatkan harga komoditi itu.

Beliau berkata, antara langkahnya ialah menerusi pelaksanaan program Biodiesel B10 yang bertujuan meningkatkan penggunaan domestik minyak sawit dan membantu mengurangkan lebihan stok dalam pasaran global bermula 1 Disember lalu.

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan juga digesa memberi tumpuan mempromosikan komoditi itu menerusi penggunaan minyak sawit dalam setiap produk dihasilkan berbanding minyak lain kerana ia mengandungi antioksida tinggi, khususnya dalam mencegah perkembangan sel kanser dan pelbagai manfaat lain, selain mudah diperolehi di pasaran.

Beliau berkata, satu kajian terperinci sedang dilakukan Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk mengenal pasti peratusan penggunaan komoditi itu dalam kalangan rakyat negara ini dan segmen atau sektor yang belum menggunakan bahan mentah itu.

“Kajian ini akan membantu kita mengatur strategi lebih teratur mengikut keperluan semasa dalam usaha mempromosikan komoditi ini secara lebih meluas pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Timbalan menteri gesa rakyat guna lebih minyak sawit demi bantu naikkan harga Timbalan menteri gesa rakyat guna lebih minyak sawit demi bantu naikkan harga Reviewed by Admin on January 02, 2019 Rating: 5

Harga minyak ditentukan esok - PM

January 01, 2019

LANGKAWI 1 Jan. - Kerajaan akan membuat keputusan mengenai harga petrol dan diesel dalam mesyuarat Kabinet esok, selepas mendapatkan pandangan daripada pembeli dan pengusaha stesen minyak.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sememangnya mahu menurunkan harga petrol dan diesel tetapi pada masa sama perlu mengambil kira golongan pengusaha berkenaan.

“Kita suka nak turun (harga minyak) tapi orang yang jual minyak pun nak kena buat duit sikit, kalau dia tak buat duit, dia tak jual minyak dan kita pun tak dapat minyak. Jadi, kita kena pertimbang antara pembeli dengan penjual.

“(Lagipun) Kita belum buat keputusan (harga), esok hari kita ada mesyuarat Kabinet dan kita akan tentukan harga minyak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan persekolahan kepada seramai 226 orang pelajar sekolah dalam program Back to School di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit minyak tidak akan berubah pada minggu pertama 2019 dengan RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter. -UTUSAN ONLINE
Harga minyak ditentukan esok - PM Harga minyak ditentukan esok - PM Reviewed by Admin on January 01, 2019 Rating: 5

Mahathir Tinjau Pembinaan Menara Maha

January 01, 2019

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meninjau projek pembinaan Menara Maha setinggi 138 meter yang terletak di pesisir pantai di bandar Kuah di Langkawi.

Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan pihak pengurusan syarikat pemaju projek itu, PFCE Integrated Plant And Project (PIPP), mengiringi perdana menteri ke tapak projek yang akan menjadi mercu tanda baharu pulau legenda itu.

Pada November 2013, Dr Mahathir menyempurnakan majlis menanam cerucuk kerja pembinaan menara berkenaan.

PIPP sebelum ini dilaporkan berkata pembinaan menara itu akan disertai pembangunan komersial di sekitarnya yang akan menyumbang kepada pembangunan pekan Kuah dan berupaya menarik aktiviti ekonomi ke pulau itu serta negeri Kedah.

Projek menara itu yang sebelum ini mengalami kelewatan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini dengan kerja pembinaan bermula kira-kira dua tahun lepas. - Bernama
Mahathir Tinjau Pembinaan Menara Maha Mahathir Tinjau Pembinaan Menara Maha Reviewed by Admin on January 01, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Powered by Blogger.