KUALA LUMPUR 10 Jun. - Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-12.
Abang Salehuddin sebelum ini menjawat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP dan memangku jawatan Ketua Pengarah sejak Disember tahun lalu.
Pengerusi Lembaga DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, berkata pelantikan itu yang dipersetujui Lembaga Pengelola DBP mendapat kelulusan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik juga persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Pemilihan Abang Salehuddin dibuat berdasarkan markah keseluruhan tertinggi calon yang berjaya mengisi jawatan Ketua Pengarahnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sebelum ini terdapat sembilan calon yang disebut-sebut bagi mengisi jawatan itu setelah DBP mengiklankan kekosongan jawatan Ketua Pengarah berikutan penamatan kontrak Datuk Abdul Adzis Abas bermula 1 Disember tahun lalu.
Penamatan kontrak itu dibuat tiga bulan lebih awal daripada kontrak asal yang sepatutnya tamat pada Februari depan. - UTUSAN ONLINE
Abang Salehuddin Ketua Pengarah DBP baharu
Reviewed by Admin
on
January 10, 2019
Rating:

No comments: