Seo Services
Results for Hiburan

Selepas dituduh melacur, gambar bogel Vanessa Angel pula tersebar

January 08, 2019

JAKARTA 8 Jan. - Selepas kecoh dituduh menjadi pelacur kelas atasan dengan bayaran RM24,000, kini tersebar pula gambar bogel Vanessa Angel.

Gambar artis Indonesia yang sedang meningkat naik itu yang sedang mandi disebarkan di media sosial.

Peguam Vanessa, Zakir Rasyidin berkata, penyebaran gambar itu memang disengajakan oleh pihak tertentu ketika artis berkenaan sedang disoal siasat oleh polis di Jawa Timur kerana terlibat di dalam pelacuran.

“Anak guam saya sedang disoal siasat. Memang ada orang yang sengaja mengedarnya dan kami akan membuat laporan polis terhadap 25 akaun yang menyebarkannya,” kata Zakir kepada pemberita.

Sebelum ini peguam itu juga mempersoalkan pendedahan polis tentang bayaran yang dikenakan oleh Vanessa untuk dilanggan selama dua jam dengan alasan tiada sebarang transaksi berlaku.

Dalam pada itu polis turut mendedahkan artis berkenaan ditangkap bersama seorang lelaki dalam keadaan tidak berpakaian dan sedang melakukan hubungan jenis ketika serbuan dibuat. - Agensi
Selepas dituduh melacur, gambar bogel Vanessa Angel pula tersebar Selepas dituduh melacur, gambar bogel Vanessa Angel pula tersebar Reviewed by Admin on January 08, 2019 Rating: 5

Farid Kamil Gagal Dihubungi, Belum Beri Keterangan Dakwaan Rasuah RM5 Juta – Polis

November 10, 2018

SHAH ALAM – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari masih belum hadir memberi keterangan berhubung dakwaan diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah meminta suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu untuk hadir bagi diambil keterangan melalui adiknya .

“Kita telah cuba untuk menghubungi Farid Kamil tetapi gagal. Oleh demikian, kita telah menghubungi adiknya bagi memaklumkan perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Semalam, Polis Selangor memaklumkan akan memanggil Farid Kamil dalam masa terdekat susulan dakwaan pelakon itu mengatakan dirinya cuba diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam, 43.

Laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 6 petang kelmarin di Balai Polis Kota Damansara dekat sini. – UTUSAN
Farid Kamil Gagal Dihubungi, Belum Beri Keterangan Dakwaan Rasuah RM5 Juta – Polis Farid Kamil Gagal Dihubungi, Belum Beri Keterangan Dakwaan Rasuah RM5 Juta – Polis Reviewed by Admin on November 10, 2018 Rating: 5

Dakwaan rasuah RM5 juta: Farid Kamil akan dipanggil

November 09, 2018

SHAH ALAM 9 Nov. - Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dakwaannya tentang cubaan rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, laporan polis yang dibuat individu merupakan wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berusia 43 tahun.

Menurut Fadzil, individu terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu kira-kira 6 petang semalam di Balai Polis Kota Damansara.

“Pengadu telah melihat satu video di Youtube mengatakan pelakon terbabit mendakwa telah cuba dirasuah sebanyak RM5 juta bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Dalam laporan ini juga mengatakan bahawa Farid sengaja mereka-reka cerita untuk menjatuhkan imej bekas Perdana Menteri dan isterinya.

“Oleh demikian, kita akan memanggil pelakon ini dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, menerusi video yang dimuat naik Rabu lalu dalam Youtube MyFokus Online semasa program TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” Farid mendakwa dia cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan untuk memaafkan Najib dan Rosmah.-UTUSAN ONLINE

Dakwaan rasuah RM5 juta: Farid Kamil akan dipanggil Dakwaan rasuah RM5 juta: Farid Kamil akan dipanggil Reviewed by Admin on November 09, 2018 Rating: 5

Lagu dendangan Saleem jadi peneman jiwa Lim Guan Eng

October 14, 2018

KUALA LUMPUR: Pemergian vokalis kumpulan Iklim, Allahyarham Saleem atau nama sebenarnya A.M Salim Abdul Majeed, bukan sahaja diratapi peminatnya, malah turut meninggalkan kesan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menerusi laman Twitternya, Lim yang amat sedih atas pemergian Saleem berkata beberapa lagu rock dendangan penyanyi itu bukan sahaja berjaya menawan hatinya malah turut menjadi peneman jiwa ketika berjuang dalam pihak pembangkang suatu ketika dahulu.

Beliau juga menarik perhatian mendengar lagu popular kumpulan Iklim, Suci Dalam Debu merupakan kenangan manis kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang pada awal 1990-an.

“Semoga Allahyarham tenang abadi di sana. Salam takziah buat keluarga Saleem,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham Saleem.

“Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman, Insya-Allah,” katanya di laman Twitter.

Allahyarham Saleem meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dan disolatkan di surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras. Allahyarham Saleem selamat dikebumikan pada 2.15 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras.

Saleem, 57, yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu', dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya pada 20 Sept lepas yang antara lain menyebabkan kecederaan pada tulang rusuk. - Bernama


Lagu dendangan Saleem jadi peneman jiwa Lim Guan Eng Lagu dendangan Saleem jadi peneman jiwa Lim Guan Eng Reviewed by Admin on October 14, 2018 Rating: 5

Bayar RM500 untuk temui watak utama drama LGBT Thailand

October 14, 2018

KUALA LUMPUR 14 Sept.- Pelakon utama drama Thailand SOTUS: The Series yang bertemakan hubungan antara lelaki dan lelaki dijadual akan menemui peminat mereka di Malaysia buat pertama kali sejak drama tersebut muncul di kaca televisyen negara jiran pada tahun 2016.

Poster promosi kemunculan dengan perkataan 'Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia' dikongsi di Instagram #mahersenisdnbhd.

Kedua-dua watak utama lelaki drama itu Prachaya Ruangroj atau Singto dan Perawat Sangpotirat atau Krist dijadualkan menemui peminat mereka di Auditorium Muzium Negara pada Sabtu, 20 Oktober depan.

Peminat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM700 dan RM500.

SOTUS: The Series mula ditayangkan pada 20 Ogos 2016 dan mendapat sambutan hangat di Thailand. Dalam drama tersebut Singto memegang watak Kongpob Suthiluck manakala Krist membawa watak Arthit Rojnapat.

Arthit Rojnapat merupakan pelajar senior yang mempunyai sifat suka membuli manakala Kongpob Suthiluck pula pelajar junior di sebuah Fakulti Kejuruteraan.

Setiap pelajar junior perlu melalui S.O.T.U.S iaitu akronim untuk Seniority, Order, Tradition, Unity dan Spirit untuk diterima masuk ke dalam Fakulti Kejuruteraan.

Kongpob Suthiluck terpaksa berhadapan dengan Arthit Rojnapat bagi membolehkan beliau diterima di fakulti tersebut. Hubungan senior-junior yang pada mulanya tegang dan bermusuhan kemudiaannya bertukar kepada hubungan romantik.

Sementara itu di media sosial, terdapat warganet yang tidak senang dengan kehadiran pelakon tersebut ke Malaysia yang dianggap ingin mempromosi budaya LGBT (Lesbian, gay, biseksual dan transgender) di negara ini.-UTUSAN ONLINE
Bayar RM500 untuk temui watak utama drama LGBT Thailand Bayar RM500 untuk temui watak utama drama LGBT Thailand Reviewed by Admin on October 14, 2018 Rating: 5

Gambar bogel mirip anak tersebar, Che Ta lapor SKMM

August 24, 2018

PETALING JAYA: Dunia hiburan tempatan pada Jumaat dikejutkan dengan penyebaran gambar bogel didakwa mirip anak sulung kepada pelakon popular, Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy, 22, di laman sosial Twitter.

Sebanyak dua keping gambar mirip remaja itu yang memperlihatkan dia menutupi bahagian kemaluannya disebarkan.

Pengurus Rozita iaitu Afiq ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu aktres itu sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran gambar tersebut.

Afiq turut memberitahu Rozita atau Che Ta tidak melatah dengan kontroversi terbaharu itu kerana sedar dengan teknologi hari ini pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menjatuhkan maruah seseorang.

Tambahnya lagi, Che Ta merasakan tidak perlu melayan perkara itu.

Sementara itu, menerusi Instagramnya, Che Ta ada memuat naik status yang seolah-olah memberi gambaran kepada situasi dihadapi keluarganya ketika ini.

"Saat orang berkata buruk tentang kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu tandanya kehidupan kita lebih baik," tulisnya. - mStar
Gambar bogel mirip anak tersebar, Che Ta lapor SKMM Gambar bogel mirip anak tersebar, Che Ta lapor SKMM Reviewed by Admin on August 24, 2018 Rating: 5

Keputusan cerai Ziana 28 Jun depan

May 15, 2018

SHAH ALAM - Keputusan perceraian penyanyi Ziana Zain dan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri akan diputuskan 28 Jun depan selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan tarikh itu bagi mendengar keputusan laporan jawatankuasa pendamai.

Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar memerintahkan demikian selepas Armin, 53, enggan melafazkan cerai terhadap Ziana Zain atau nama sebenarya Siti Roziana Zin, 50, secara baik dan bersyarat berhubung pertemuan dengan anak.

“Berdasarkan perkara tersebut, sebuah Jawatankuasa Pendamai ditubuhkan selaras mengikut Seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

“Shahrul Anuar Zain akan mewakili Ziana sementara Azizi Mohd. Yaakob akan mewakili Armin dalam jawatankuasa tersebut,” katanya Mohd. Nizar.

Dalam prosiding tersebut, Armin menjelaskan boleh melafazkan talak namun meminta persetujuan bersama kerana belum berjumpa dengan keempat-empat anaknya sejak 2 Mac lagi.

Bagaimanpun, Ziana menegaskan beliau mendapat arahan polis dan peguam bahawa empat anaknya itu adalah saksi dan tidak boleh berjumpa dengan Armin.

“Saya hanya mengikut kata polis walaupun tidak memfailkan lagi penjagaan anak-anak,” kata Ziana.

Pada 3 April lalu, Ziana menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan itu terbongkar apabila Armin didakwa kerana memukul salah seorang anaknya sehingga luka dan lebam dengan alasan untuk mengajar mengaji serta solat.

Laporan polis mengenainya dilakukan sendiri Ziana di Balai Polis Bukit Jelutong dekat sini pada 27 Februari lalu sebelum suaminya itu ditahan pada 2 Mac lalu.- UTUSAN ONLINE



Keputusan cerai Ziana 28 Jun depan Keputusan cerai Ziana 28 Jun depan Reviewed by uMieySurianie on May 15, 2018 Rating: 5

Sheila Rusly Kecewa Dengan Pengurusan Syafiq Kyle

May 14, 2018

PUTRAJAYA - Pengarah dan penerbit, Sheila Rusly meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan pelakon, Syafiq Kyle yang didakwa menjadi punca pembikinan telefilem Dekatkan Jarak Kita sempena Aidilfitri terpaksa dibatalkan.

Insiden itu dikatakan berpunca daripada Syafiq kerana dia tidak dapat memberi komitmen bagi menjalani penggambaran berikutan terikat dengan jadual kerja yang padat.

Lebih mengecewakan Sheila, 47, pihak produksi, JS Pictures Sdn. Bhd. telah memaklumkan mengenai penggambaran drama tersebut lebih awal kepada Syafiq bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

"Saya tiada niat untuk mengaibkan apatah lagi memalukan sesiapa. Tetapi, terus terang saya berasa kecewa apabia perancangan untuk melakukan telefilem Dekatkan Jarak Kita edisi Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian.

"Saya dimaklumkan Syafiq tidak dapat menjayakan penggambaran kerana jadual kerja yang padat sedangkan pihak produksi telah memaklumkan mengenai perkara tersebut sejak tiga bulan lalu.

"Skrip juga telah disiapkan dan hanya menunggu masa untuk menjalani penggambaran sebelum bulan puasa kerana sepanjang Ramadan saya tidak terikat dengan sebarang aktiviti di lokasi," katanya yang ditemui pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. - Kosmo
Sheila Rusly Kecewa Dengan Pengurusan Syafiq Kyle Sheila Rusly Kecewa Dengan Pengurusan Syafiq Kyle Reviewed by uMieySurianie on May 14, 2018 Rating: 5

DAP terperangkap dalam tindakannya sendiri untuk menggunakan logo PKR – Mohamad Hasan

May 08, 2018

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 7 Mei 2018

(NST) - Tindakan DAP untuk menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kini kembali menggigitnya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata penggunaan logo PKR sepanjang kempen telah menyebabkan kekeliruan di kalangan penyokong DAP.

"Ini telah mendorong DAP menggunakan kedua-dua logo DAP dan PKR. DAP pada mulanya menggunakan logo parti PKR untuk menipu pengundi Melayu, tetapi itu sebaliknya menyebabkan kekeliruan di kalangan penyokong Cina.

"Saya diberitahu bahawa DAP telah memutuskan untuk menggunakan benderanya sendiri dalam ceramah. Saya rasa Lim Kit Siang (daripada DAP) telah mula menyesali keputusan awal parti (untuk menggunakan bendera PKR). Beliau ingat pengundi Cina sudah dalam genggamannya.

"Mereka di kawasan bandar mungkin memahami alasan di sebalik penggunaan logo PKR, tetapi ramai yang lain mungkin hairan dengan langkah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan bersama penduduk di Taman Ampangan di sini.

Mohamad berkata tindakan DAP menggunakan logonya sendiri di ceramah dan program melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihanraya.

"Parti pembangkang tidak sepatutnya menggunakan bendera selain daripada bendera PKR.

"Mereka (pihak pembangkang) telah jatuh ke dalam perangkap mereka sendiri," katanya.

Lim dikatakan telah mengambil risiko dengan mengarahkan jentera pilihan raya untuk mengedarkan bahan dengan kedua-dua logo DAP dan PKR semasa kempen.

Pengasas DAP Dr Chen Man Hin dilaporkan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan awal parti itu untuk berkempen tanpa logo Roketnya.

Turut hadir ialah calon BN bagi kawasan Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza dan Lenggeng, Mazalan Maarop.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/2018/05/07/dap-trapped-with-its-own-action-to-use-pkr-logo-mohamad-hasan/
DAP terperangkap dalam tindakannya sendiri untuk menggunakan logo PKR – Mohamad Hasan DAP terperangkap dalam tindakannya sendiri untuk menggunakan logo PKR – Mohamad Hasan Reviewed by Admin on May 08, 2018 Rating: 5

'Saya Tak Lalok, Orang Kenakan Saya'

May 07, 2018

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menyangkal dakwaan konon dirinya berada dalam keadaan lalok (khayal) semasa ditahan pihak polis pada tengah hari Ahad lalu.

Ia susulan penangkapan aktres drama bersiri Tundukkan Playboy itu yang turut disyaki memilik enam bungkusan aluminium berisi 53 biji pil dadah jenis Eramin 5.

“Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya namun tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” kata Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen.

Terdahulu media melaporkan pelakon berusia 26 tahun itu ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabil pelakon itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pukul 11.45 pagi, semalam. – MYNEWSHUB.CC
'Saya Tak Lalok, Orang Kenakan Saya' 'Saya Tak Lalok, Orang Kenakan Saya' Reviewed by Unknown on May 07, 2018 Rating: 5

Farid Kamil Akan Jalani Pembedahan, Kes Mahkamah Ditangguh

May 07, 2018

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin diberitahu pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil bakal menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital di ibu negara dalam masa terdekat.

Berikutan itu, peguam Farid, Faizul Mohd Nasir memohon kepada mahkamah supaya enam sebutan kes jenayah melibatkan aktor itu ditangguhkan sehingga 29 Jun depan bagi membolehkan anak guamnya kembali pulih selepas pembedahan itu.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazedah Faik memohon agar kes melibatkan Farid di dengar semula pada 8 Jun depan.

Majistret Nor Ariffin Hisham yang mendengar kes itu membenarkan permohonan dibuat pelakon filem Lagenda Budak Setan itu.

Enam kes jenayah melibatkan Farid didengar semula pada 29 Jun depan.

Sebelum ini Farid mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badannya.

Suami kepada aktres Datin Diana Danielle itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Farid turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara juga pada 11 Januari lalu. Dia yang ditahan telah dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.

Menerusi prosiding sama, Faizul turut memberitahu mahkamah pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan terhadap Farid.

Terdahulu, Farid turut menghadiri prosiding pengurusan kes atas dakwaan membuat laporan polis palsu dihadapan Majistret Salamiah Salleh juga di mahkamah sama.

Kes laporan polis palsu ini juga akan disebut semula pada 29 Jun depan.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Pada 9 Mac lalu, Farid, 37, mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut dan minta dibicarakan. - mStar
Farid Kamil Akan Jalani Pembedahan, Kes Mahkamah Ditangguh Farid Kamil Akan Jalani Pembedahan, Kes Mahkamah Ditangguh Reviewed by uMieySurianie on May 07, 2018 Rating: 5

M Daud Kilau Pengsan Lepas 'Bergelek'

May 03, 2018

Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 78, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) selepas pengsan sebaik selesai melakukan persembahan di Waterfront Bagan Datuk, Bagan Datuk, tiga hari lalu.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Gerak Mesra dan Jati Diri Jabatan Imigresen Malaysia di Bagan Datuk hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sempat menziarahi penyanyi veteran itu di HTI ketika dalam perjalanan pulang ke Bagan Datuk selepas menghadiri program di Bidor, malam tadi.

“Tiga malam lalu beliau buat persembahan di sini (Waterfront Bagan Datuk) dan malam tadi saya sempat melawat beliau di HTI.

“Beliau pengsan dan ada beberapa penyakit selepas lakukan persembahan di sini dan kita doakan beliau segera sembuh,” katanya.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut berharap ada anak Bagan Datuk yang mampu mengikut jejak M Daud Kilau yang berjaya menjadi penyanyi tersohor negara dalam genrenya yang tersendiri.

“M Daud Kilau tersohor di peringkat nasional dan Insya-Allah akan ada anak Bagan Datuk sehebat beliau dilahirkan bukan sahaja mengharumkan Bagan Datuk di peringkat nasional, malah antarabangsa,” katanya.-myMetro
M Daud Kilau Pengsan Lepas 'Bergelek' M Daud Kilau Pengsan Lepas 'Bergelek' Reviewed by Unknown on May 03, 2018 Rating: 5

'Avengers: Infinity War' Pecah Rekod, Kutip RM2.4bil Pada Minggu Pertama

April 30, 2018

FILEM paling dinanti 2018, "Avengers: Infinity War" memecah rekod kutipan tayangan minggu pertama apabila memungut AS$630 juta (RM2.4 bilion).

Laporan portal antarabangsa menyebut angka itu berjaya dicatatkan walaupun filem tersebut belum pun memulakan tayangan di China, antara negara dengan jumlah penonton paling tinggi di dunia.

Ia sekali gus menjadikannya filem paling berjaya pada minggu pembukaan, mengatasi filem "The Fate of the Furious" yang mencatat AS$530 juta (RM2 bilion) ketika ditayangkan tahun lalu.

Bukan itu sahaja, "Infinity War" juga mencatat sejarah kutipan pembukaan tertinggi di Amerika Utara dengan memungut AS$250 juta (RM979 juta), mengatasi rekod sebelum ini yang dicatatkan "Star Wars: The Force Awakens" dengan kutipan sebanyak AS$248 (RM972 juta).

"Avengers: Infinity War", terbitan Marvel Studios, ialah filem ketiga daripada siri Avengers, dan merupakan filem ke-19 dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU). - Awani
'Avengers: Infinity War' Pecah Rekod, Kutip RM2.4bil Pada Minggu Pertama 'Avengers: Infinity War' Pecah Rekod, Kutip RM2.4bil Pada Minggu Pertama Reviewed by uMieySurianie on April 30, 2018 Rating: 5

Zul Ariffin mahu jumpa pakar kerana dukung Elizabeth Tan

April 30, 2018

PELAKON sensasi Zul Ariffin memberitahu dia mungkin terpaksa berjumpa dengan pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas dia mendukung penyanyi Elizabeth Tan ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila baru-baru ini.

Zul, 32, menerusi InstaStory di Instagram dalam mesejnya gurauannya kepada Elizabeth berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat perkara itu.

"Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?," tulisnya di InstaStory.

Mesej itu dibuat Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu.

Baru-baru ini, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga ada menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya.

Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan.

Dalam pada itu, menerusi mesej sama, Zul juga berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti.

"Muzik video baru kalau tak panggil I siap!," tulisnya lagi.-mStar
Zul Ariffin mahu jumpa pakar kerana dukung Elizabeth Tan Zul Ariffin mahu jumpa pakar kerana dukung Elizabeth Tan Reviewed by Admin on April 30, 2018 Rating: 5

Elvira juara Mentor Otai

April 30, 2018


Protege, Misha Omar, Elvira membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM100,000, selepas diumumkan sebagai juara program Mentor Otai sebentar tadi. 


Membawakan dua lagu ke pentas final, Bukan Dia Tapi Aku dan Nur Nilam Sari duet bersama Azlan Typewriter, ternyata persembahan Elvira atau nama sebenarnya Elvira Carrie Olga Arul,38, berjaya meraih kepercayaan juri tetap, juri awam dan undian atas talian.


Ditempat kedua dengan wang kemenangan sebanyak RM 50,000 dimenangi Azee yang juga protege kepada penyanyi Zarul Husin. 


Sementara itu ditempat ketiga dan keempat pula dimenangi Alina, dan AJ atau nama sebenarnya Kamarol Azril Al’ azemi. Melalui kemenangan itu Alina yang juga protege kepada Siti Sarah manakala AJ pula protege kepada penyanyi Tam Spider, masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 dan RM 5,000.


Program Mentor Otai yang sudah bersiaran selama enam minggu setiap hari Ahad di salurab TV3 v dipancarkan secara lansung melalui Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. 


Program ini juga menampilkan Haziq Hussni dan Elly Mazlein sebagai pengacara selain Edry Abdul Halim dan Mark Adam sebagai juri tetap. - UTUSAN ONLINE
Elvira juara Mentor Otai Elvira juara Mentor Otai Reviewed by uMieySurianie on April 30, 2018 Rating: 5

'Saya Tak Bogel Pun' - Ifa Raziah

April 27, 2018

Artis kontroversi, Ifa Raziah mempertahankan tindakannya memuat naik video di laman Instagram (IG) memaparkan dirinya tampil seksi dengan gaun ketat singkat dan tanpa lengan.

Bagaimanapun, video berdurasi 15 saat yang tular sejak semalam itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan penyanyi, pelakon dan pengacara itu tidak beriman.

Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 43, berkata video itu sengaja dimuat naik kerana ingin membuktikan dirinya sudah kurus dan bukan menggunakan teknik suntingan.

"Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.

"Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

"Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.

Kalau yang menonton video 'live' saya pada waktu berkenaan, pasti tahu," katanya kepada Harian Metro.

Meski dikecam, Ifa berterima kasih kepada pihak yang menularkan video terbabit kerana dalam sehari produknya yang membantu menurunkan berat badan habis terjual sebanyak 1,000 kotak.

"Pada hari video dirakam, kebetulan saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14, Selasa lalu. Jadi, anak, keluarga dan peminat hadir memberikan kejutan.

"Memandangkan majlis dibuat di jakuzi rumah, saya ambil kesempatan rakam video itu. Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air.

"Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?" katanya.-myMetro
'Saya Tak Bogel Pun' - Ifa Raziah 'Saya Tak Bogel Pun' - Ifa Raziah Reviewed by Unknown on April 27, 2018 Rating: 5

'Kalau Nak Simpan, Simpanlah Tapi Gambar Itu Tidak Senonoh' - Zul Ariffin

April 26, 2018

Pelakon Zul Ariffin, 32, mendakwa dia tidak mempunyai hak untuk melarang peminatnya mahu menyimpan gambar 'anu' yang didakwa miliknya, meskipun penafian dan penjelasan telah dibuat bahawa akaun Instagramnya telah digodam.

Dalam laporan Berita Harian, Zul tidak kisah jika peminatnya (wanita) mahu berfantasi dengan gambar itu namun menegaskan mereka harus sedar bahawa gambar itu tidak senonoh.

"Saya sedar foto itu sudah tular dan menjadi buah mulut ramai. Kalau mereka rasa nak simpan gambar itu, simpanlah. Tapi mereka harus sedar yang foto itu tidak senonoh.

"Tak dinafikan, selepas gambar itu tersebar luas, orang mula memberi pandangan nakal pada saya. Pergi restoran pandu lalu pun, orang senyum. Tapi saya okay saja," katanya.

Zul tidak menolak kemungkinan gambar itu dibuat naik oleh individu yang rapat dengannya kerana mahu mensabotaj kariernya sebagai anak seni. Bagaimanapun dia tidak mahu menuduh sesiapa. Bagi Zul, dia tidak mahu memikirkan hal itu dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya.

"Entah, saya tak mahu tuduh sesiapa tapi kebarangkaliannya ada. Apapun, saya sudah 'move on' (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja," katanya.

Terdahulu, Zul menafikan gambar alat sulit yang dimuat naik di Instagramnya itu adalah miliknya. Malah menegaskan dia tidak tergamak membuat kerja gila seperti itu untuk merosakkan imejnya.

Zul juga mendedahkan akaun Instagramnya pernah cuba digodam beberapa kali sebelum ini. Namun dengan bantuan kelab peminatnya, dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagramnya.-The Reporter
'Kalau Nak Simpan, Simpanlah Tapi Gambar Itu Tidak Senonoh' - Zul Ariffin 'Kalau Nak Simpan, Simpanlah Tapi Gambar Itu Tidak Senonoh' - Zul Ariffin Reviewed by Unknown on April 26, 2018 Rating: 5

Jamal Abdillah Sedia Timang Anak

April 26, 2018

KUALA LUMPUR: Selepas isterinya mengalami keguguran tiga bulan lalu, Datuk Jamal Abdillah masih berusaha untuk menimang cahaya mata secepat mungkin kerana merindui hilai tawa kanak-kanak.

Mengakui dia sangat sukakan kanak-kanak, Jamal, 59, dan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, 24, bersedia pada bila-bila masa sahaja andai diberikan rezeki tersebut.

“Bila anak-anak dah besar dan berjauhan dengan mereka, saya sangat rindukan suara anak-anak kecil di rumah. Momen bersama anak-anak sewaktu kecil sangat manis dan saya seronok dengan suasana riuh rendah suara mereka.

“Tambahan pula saya memang suka pada kanak-kanak. Justeru, kalau Allah SWT beri rezeki anak secepat mungkin, itu adalah nikmat kesyukuran yang luar biasa,” kata Jamal ketika ditemui usai persembahan meraikan para setiausaha menerusi Luncheon with the Stars bersama Dayang Nurfaizah di Hotel Tenera, Bangi, semalam.

Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua cahaya mata iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. Osama kini bersekolah di Johor Bahru manakala Zaki di Shah Alam.

Tidak menjadikan faktor usianya yang agak berumur untuk terus menimang cahaya mata, Jamal sebaliknya merasakan kehadiran lebih banyak cahaya mata adalah rezeki yang perlu disyukuri.

“Walaupun saya sudah hampir 60 tahun dan isteri baru 24 tahun, itu tidak jadi alasan sebab saya memang mahu menambah anak. Kalau dapat lebih ramai anak lelaki, lagi lah saya gembira,” katanya yang kini menetap di Ipoh, Perak. - UTUSAN ONLINE


Jamal Abdillah Sedia Timang Anak Jamal Abdillah Sedia Timang Anak Reviewed by Unknown on April 26, 2018 Rating: 5

Pelakon Watak ‘Mini Me’ Meninggal Dunia

April 22, 2018

LOS ANGELES – Verne Troyer yang terkenal dengan peranan sebagai ‘Mini Me’ dalam filem aksi komedi ‘Austin Powers’ meninggal dunia pada usia 49 tahun, semalam.

Walaupun punca kematian mendiang tidak didedahkan kepada umum, beberapa kenyataan pada akaun media sosial rasmi beliau seolah-olah memberi petunjuk bahawa aktor itu berdepan dengan masalah kemurungan, walaupun selepas dibaptis baru-baru ini.

“Bertahun lamanya mendiang berjuang mengatasi masalah itu dan berjaya, kembali mengalami masalah yang sama dan berjuang (untuk mengatasi), malangnya kali ini ia terlalu berat untuk ditanggung.

“Kemurungan dan bunuh diri adalah isu yang amat serius. Anda tidak akan pernah tahu masalah dalaman yang mereka alami. Berbuat baiklah antara satu sama lain. Dan sentiasa tahu, tidak pernah terlalu lewat untuk meminta bantuan dari orang lain,” kata kenyataan itu.

Troyer dimasukkan ke hospital awal bulan ini untuk satu rawatan yang tidak diketahui tetapi aktor terbabit pernah memberitahu masalah ketagihan alkohol ketika dirawat di sebuah hospital lain setahun lalu.

Mendiang dilahirkan di Sturgis, Michigan pada tahun 1969 dan diiktiraf sebagai antara lelaki paling pendek di dunia dengan ketinggian hanya 81 sentimeter akibat sejenis penyakit dikenali sebagai ‘achondroplasia dwarfism’.

Beliau membuat penampilan pertama dalam dunia seni sebagai pelakon lagak ngeri untuk filem ‘Baby’s Day Out’ pada tahun 1994. – AFP
Pelakon Watak ‘Mini Me’ Meninggal Dunia Pelakon Watak ‘Mini Me’ Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on April 22, 2018 Rating: 5

'Gaya Ala Berkemban Kerana Terpaksa' - Maya Karin

April 20, 2018

Pelakon popular, Maya Karin mengakui tidak peduli dengan kecaman netizen membabitkan gaun seksi ala berkemban digayakannya pada Anugerah Meletop Era 2018 (AME18) yang berlangsung, baru-baru ini.

Pada majlis bertemakan Creative BlackTie itu, Maya melaram dengan gaun biru rekaan Fizi Woo pada acara permaidani merah.

Menurut Maya, 38, dia terpaksa mengenakan gaun itu pada saat akhir kerana tidak sempat menyediakan baju lebih awal untuk acara itu.

"Sebenarnya, saya baru kembali dari bercuti bersama keluarga di Legoland dan Pulau Tioman, Johor sebelum ini.

"Namun, saya berterima kasih kerana pereka fesyen Fizi yang menyelamatkan keadaan dengan memberitahu dia ada dua gaun untuk saya pilih.

"Satu gaun menutup semua anggota tubuh sampai ke leher tetapi terlalu labuh dan tidak mengikut bentuk badan.

"Akhirnya, saya memilih gaun yang satu lagi dan agak seksi kerana tiada pilihan lain," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya komen netizen pula, kata Maya lagi, dia sudahpun bersedia

dengan kecaman itu.

“Saya ada baca komen seorang netizen yang mendakwa gaun yang saya pakai itu seksi tapi cara dia tegur bukan dengan nada negatif.

“Bagi saya ia adalah perkara biasa bila ada orang suka apa yang kita pakai atau sebaliknya.

"Seksi itu agak subjektif. Ramai juga yang beri komen gaun yang saya pakai itu cantik.

"Sebab itu, saya lebih suka menerima komen yang positif dari negatif," katanya.-myMetro
'Gaya Ala Berkemban Kerana Terpaksa' - Maya Karin 'Gaya Ala Berkemban Kerana Terpaksa' - Maya Karin Reviewed by Unknown on April 20, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Powered by Blogger.