Seo Services

'Saya Tak Lalok, Orang Kenakan Saya'


Pelakon jelita, Uqasha Senrose menyangkal dakwaan konon dirinya berada dalam keadaan lalok (khayal) semasa ditahan pihak polis pada tengah hari Ahad lalu.

Ia susulan penangkapan aktres drama bersiri Tundukkan Playboy itu yang turut disyaki memilik enam bungkusan aluminium berisi 53 biji pil dadah jenis Eramin 5.

“Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya namun tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” kata Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen.

Terdahulu media melaporkan pelakon berusia 26 tahun itu ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabil pelakon itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pukul 11.45 pagi, semalam. – MYNEWSHUB.CC
'Saya Tak Lalok, Orang Kenakan Saya' 'Saya Tak Lalok, Orang Kenakan Saya' Reviewed by Unknown on May 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.