Seo Services

Kadar Premium Tanah Di Sarawak Turun 50 Peratus


KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan kadar premium tanah di negeri ini diturunkan sebanyak 50 peratus berkuatkuasa 6 Mei 2018.

Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyataan hari ini mengumumkan keputusan itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan penurunan premium bagi Surat Hak Milik Tanah untuk Lot-Lot di skim penempatan semula dan skim pembesaran kampung di seluruh Sarawak bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang terlibat dengan skim-skim tersebut.

"Dengan keputusan ini, kadar premium ditetapkan sebanyak RM2,500 iaitu penurunan 50% daripada kadar asal RM5,000 se lot berkuatkuasa 6hb Mei 2018," kata kenyataan itu. - Sarawakiana
Kadar Premium Tanah Di Sarawak Turun 50 Peratus Kadar Premium Tanah Di Sarawak Turun 50 Peratus Reviewed by Admin on May 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.