Seo Services

Masyarakat Cina Perlu Bersatu - Abang Johari


MIRI: Masyarakat Cina di Sarawak digesa bersatu bagi memastikan kerajaan negeri bertambah kuat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata perpecahan hanya memberikan kesan negatif dan akan menyukarkan pelbagai manfaat yang dirancang kerajaan negeri untuk komuniti itu.

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, DAP sudah tidak mendapat sokongan masyarakat Cina, selain tidak mengetahui corak kepimpinan di Bumi Kenyalang ini.

"Masyarakat Cina di Sarawak perlu bersatu dalam semua aspek kerana perpecahan hanya akan menyebabkan kerugian," katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Blok Baru Sekolah Menengah (SM) Pei Min, Krokop di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kehormat Tetap SM Pei Min Datuk Hii King Chiong dan Calon BN Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting Chiew Yew

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM2.5 juta bagi projek pembinaan bangunan sekolah itu.

Sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan bagi pembinaan bangunan sekolah, manakala RM1.5 juta bagi premium tanah projek berkenaan.

Abang Johari turut mengumumkan tambahan RM1 juta kepada sekolah berkenaan, sekiranya calon BN Parlimen Miri, Datuk Sebastian Ting Chiew menang pada PRU-14 Rabu ini. - BH
Masyarakat Cina Perlu Bersatu - Abang Johari Masyarakat Cina Perlu Bersatu - Abang Johari Reviewed by Unknown on May 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.