Tarian ngajat merupakan tarian yang menjadikan kebanggaan kaum Iban dan masyarakat Sarawak. Pada zaman dahulu ianya ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk beraya sambil membawa tengkorak musuh.
JENIS – JENIS NGAJAT
Ngajat Berbunuh Ngajat “Ngemai Antu Pala” Ngajat Induk Ngajat Ngalu Temuai Ngajat Lesong Ngajat Kuta Ngajat Semain Ngajat Pua Kumbu Ngajat Berayah
1. NGAJAT BERBUNUH
Dipersembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat Iban. Ia merupakan satu peniruan atau pengulangan yang dilakukan oleh mereka sebagaimana yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh – musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu. .
2. NGAJAT INDUK
Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.
3. NGAJAT LESONG
Merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
4. NGAJAT NGALU TEMUAI
Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
5. NGAJAT KUTA
Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.
6. NGAJAT PUA KUMBU
Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.
Setiap tarian pasti di iringi oleh alunan muzik yang terdiri dari pelbagai alatan muzik. Begitu juga dengan tarian Ngajat Iban. Keseluruhan alatan muzik Ngajat terdiri dari alatan tradisional.
PERALATAN MUZIK
1. GONG BESAR (TAWAK)
2. BEBENDAI
3. ENGKEROMONG
4. SAPEH
Begitulah uniknya tarian Ngajat yang menjadi simbolik kebudayaan masyarakat iban dan dayak di Sarawak. Masyarakat Iban dan dayak masih kukuh mempertahankan kebudayaan tradisional dan terus menerus mengamal budaya tersebut agar tidak pupus di telan zaman.
Tarian Ngajat Dan Jenis Tarian Ngajat
Reviewed by Admin
on
May 31, 2014
Rating:
No comments: