Seo Services

Jangan serah kad pengenalan kepada pihak selain SPR, Polis

TELUK INTAN: Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan pengundi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan agar tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak yang tidak berkaitan semasa hari pengundian esok.

"Hanya polis atau pihak berkuasa dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang boleh berbuat demikian esok bagi tujuan melancarkan proses pengundian," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal Polis bagi PRK Parlimen Teluk Intan di sini hari ini.

Beliau juga meminta penyokong atau pekerja parti politik yang bertanding tidak membuka barung panas bagi menjalankan semakan daftar undi kerana hanya SPR boleh berbuat demikian.

"Semua penyokong parti wajib mematuhi peraturan-peraturan pilihan raya demi untuk memelihara ketenteraman awam. Polis akan memastikan peraturan dipatuhi pada setiap masa," katanya.

Sementara itu, Acryl Sani berkata sejak kempen PRK itu bermula 19 Mei lepas, polis menerima 20 laporan dan daripada jumlah tersebut sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka.

"Kertas siasatan yang dibuka adalah melibatkan kes ugutan dan kecederaan kecil ekoran daripada punca salah faham kerana terlampau teruja dengan kempen dan suasana pilihan raya," katanya.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 149 permit ceramah telah diluluskan oleh polis iaitu 89 permit melibatkan anjuran Barisan Nasional dan 60 permit kepada DAP.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.- Bernama
Jangan serah kad pengenalan kepada pihak selain SPR, Polis Jangan serah kad pengenalan kepada pihak selain SPR, Polis   Reviewed by Admin on May 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.